Pelanggan domestik (kediaman) Tenaga Nasional Berhad (TNB) dapat melihat butiran manfaat Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) bagi bulan April, Mei dan Jun menerusi Penyata Terperinci yang akan dikeluarkan pada Julai.
Menurut kenyataan TNB hari ini, penyata tersebut akan diterima berserta bil Julai dalam masa tujuh hari selepas pembacaan meter itu dijalankan.
"Mereka juga boleh melihat Penyata Terperinci dan bil tersebut melalui laman sesawang serta aplikasi MyTNB selepas 48 jam menerima Notis Makluman tersebut.
"Pembaca meter TNB akan melakukan bacaan bulai Julai di premis-premis pelanggan mulai 3 Julai, 2020 dan pelangan akan turut diberi Notis Makluman bahawa pembacaan telah pun dilakukan," katanya.
Pada 20 Jun lepas, kerajaan berserta TNB telah mengumumkan pemberian BPE sebagai pakej bantuan tambahan kepada 7.66 juta pelanggan domestik.
Ini menerusi pembiayaan penggunaan elektrik percuma sehingga RM231 untuk tempoh tiga bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April, Mei serta Jun, 2020 dan bantuan tersebut akan dinyatakan dalam bil sebenar.
Selain itu, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sebanyak 601-900 kWj sebulan akan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus iaitu tambahan 8 peratus daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2 peratus bermula April 2020 hingga September 2020.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bil boleh dibuat menerusi talian TNB CareLine 1-300-88-5454 atau e-mel [email protected] atau di Kedai Tenaga berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 02 2020
Penyata tersebut akan diterima berserta bil Julai dalam masa tujuh hari selepas pembacaan meter itu dijalankan. - Twitter
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Diskaun bil air Sarawak dilanjutkan sehingga Disember ini
Lanjutan diskaun bil air untuk tempoh tiga bulan lagi ini dibuat di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).
Penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik dalam bil Julai - TNB
Penyata tersebut akan diterima berserta bil Julai dalam masa tujuh hari selepas pembacaan meter itu dijalankan.
Elaun Pengerusi TNB jauh lebih rendah daripada yang ditularkan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan mesej tular dalam media sosial yang mendakwa Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerima elaun tinggi.
Kaedah prorata pastikan pengguna tidak dikenakan caj berlebihan - TNB
Kaedah prorata itu telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga supaya pengguna mendapat bil yang tepat.
Langganan telco, ini enam perkara anda perlu tahu
Ini yang perlu dititik beratkan sebelum membuat langganan, bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
TNB jamin masalah sistem bil baharu, diselesaikan akhir November
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mengambil beberapa langkah wajar untuk mengurangi dan menyelesaikan masalah berikutan proses menaik taraf sistem pengebilan baharu, menjelang akhir November ini.
Tiada ejen kutip bayaran bil TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket individu atau kumpulan yang mengaku sebagai ejen kutipan bayaran bil TNB.
TNB perkenal bil elektrik baharu mulai 1 Okt
Penambahbaikan reka bentuk dan maklumat dalam bil itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.