Penyebaran fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam di Malaysia masih terkawal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Meskipun demikian, katanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa peka dan prihatin kepada golongan yang didapati menyimpang daripada ajaran Islam dan berusaha membantu mereka kembali ke landasan yang betul.
"Saya lihat dalam isu ini (ajaran sesat) lebih kepada amat terkawal, kecuali sengaja seseorang itu tersilap langkah dan memilih cara yang tidak tepat dan perlu kita sedarkan mereka," katanya mengulas laporan penahanan 'Rasul Melayu' yang dikatakan kembali aktif menyebarkan ajaran yang diharamkan pada 1991 bersama pengikutnya di tiga lokasi di Selangor pada Ahad lepas.
Lelaki yang mendakwa dirinya 'Rasul Melayu' itu pernah dihukum penjara 10 tahun, didenda RM16,500 dan enam sebatan bersabit kes penyebaran ajaran sesat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada Oktober 2009.
Dalam sidang media selepas perasmian Multaqa Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia di sini hari ini oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Zulkifli berkata Jakim akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri bagi membendung penularan dan perkembangan ajaran sesat seperti 'Rasul Melayu' secara komprehensif.
Menurut Zulkifli, beliau pernah bertemu dengan lelaki yang mendakwa 'Rasul Melayu itu di Penjara Kajang dan lelaki berkenaan menyatakan sudah bertaubat.
"Bila orang menyatakan sudah bertaubat maka kita terima. Sementelah sampai di Selangor dia sendiri buat istitabah (pengakuan untuk bertaubat)," katanya.
Bagaimanapun katanya susulan perkembangan terbaharu itu, pihaknya akan memberi perhatian khusus terhadap perkara berkenaan dan mengambil langkah yang sewajarnya.
Zulkifli berkata pihaknya juga akan melihat keperluan untuk menyediakan makalah atau buku khusus mengenai ajaran sesat untuk diedarkan kepada imam dan guru takmir yang dilantik pihak berkuasa agama supaya mereka dapat menyampaikan tentang bahayanya ajaran sesat kepada masyarakat.
Mengenai Multaqa Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia selama tiga hari yang bermula semalam, Zulkifli berkata mesyuarat itu menjadi platform untuk para mufti bertukar-tukar pandangan bersama barisan ahli jawatankuasa fatwa dalam pelbagai isu, antaranya penerangan berkenaan tadbir urus kefatwaan semasa dan peranan jawatankuasa fatwa dalam menyelaras fatwa antara negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020

Zulkifli berkata Jakim akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri bagi membendung penularan dan perkembangan ajaran sesat.

Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan
Darell Leiking mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sudah keluar daripada parti itu.

Nasib 700 pekerja kilang tayar Silverstone Taiping akan dibela - Exco
Setakat ini 200 pekerja syarikat Silverstone telah diserapkan ke kilang Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Nadal tarik diri daripada Terbuka Rotterdam kerana kecederaan belakang
Pemain nombor dua dunia itu sepatutnya akan mewakili Sepanyol dalam kejohanan di Rotterdam Ahoy itu minggu depan.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian COVID-19.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Peniaga dijangka lebih berhati-hati suku pertama 2021
Sektor industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Zulkifli terima suntikan vaksin COVID-19 esok
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 esok selepas solat Jumaat.

Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan jenayah Islam - Pembela
Pembela berkata Menteri Undang-undang perlu melihat balik perlembagaan dan mengemukakan pindaan supaya undang-undang ini tidak dicabar lagi pada masa depan.

Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja - Zulkifli
Resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-118 berhubung fahaman 'Ibu Yati' telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Isu murtad: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tiada kuasa bicara kes wanita Indonesia
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan dakwaan murtad membabitkan seorang wanita Islam bukan warga Malaysia yang tular baru-baru ini.

Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Sajat
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Maahad tahfiz di Perak dibenar beroperasi 1 Mac
Keputusan dibuat setelah baginda menerima sembah nasihat daripada Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perak.

Penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu kepada JAINJ
Norazah Abdul Aziz, 49, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Abdul Kamal Arifin Ismail.

Kerajaan pandang serius isu lelaki didakwa murtadkan wanita Islam - Zulkifli
Menurut Zulkifli, kes berkenaan kini dalam siasatan dan tindakan pihak polis.

Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.

Boleh nikah di masjid negeri PKP dengan 20 tetamu
Keputusan itu juga sekali gus membolehkan majlis akad nikah diadakan bukan hanya di pejabat agama seperti yang dibenarkan sebelum ini.