awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyedia biasiswa berhak putuskan penempatan pelajar ke negara lain selain AS - Zambry

Bernama
Bernama
10/06/2025
21:15 MYT
Penyedia biasiswa berhak putuskan penempatan pelajar ke negara lain selain AS - Zambry
Zambry bergambar bersama sebahagian wakil media yang hadir pada sesi ramah mesra dengan KPT di Putrajaya, 10 Jun 2025. - Facebook Zambry
PUTRAJAYA: Penyedia biasiswa tempatan disaran supaya membuat keputusan segera berkaitan penempatan pelajar tajaan mereka selain Amerika Syarikat (AS) susulan kesan dasar tarif baharu yang diperkenal oleh negara itu.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, Malaysia memiliki ramai pelajar berprestasi tinggi yang layak menyambung pengajian di universiti terbaik dunia, bukan hanya di AS.
"Kita tidak boleh lagi terperangkap dengan dasar-dasar yang terlalu regresif sifatnya sehingga menjejaskan peluang pelajar dari seluruh dunia termasuk Malaysia untuk belajar.
"Bagi saya, tempat terbaik juga ada di negara lain," katanya ketika ditemui pada sesi Luncheon Talk With Editors sempena Program Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesan dasar tarif baharu AS terhadap pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di negara itu.
Pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan pemprosesan visa semua pelajar asing dan mempertimbang langkah menyaring pemohon baharu berdasarkan hantaran media sosial mereka.
Sebelum ini, Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, agensi itu akan menghentikan penghantaran pelajar tajaannya ke AS mulai tahun ini susulan pengenalan dasar baharu tersebut oleh Trump.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyedia biasiswa
#Zambry Abdul Kadir
#Amerika Syarikat
#penempatan pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan