Penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam ditemui selamat

Astro Awani
April 7, 2022 04:54 MYT
Dalam kejadian tengah hari semalam, empat warga asing hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di Mersing. - Gambar fail/Maritim Malaysia
MERSING: Wanita warga Norway, Kristine Grodem, salah seorang daripada empat penyelam yang hilang di Mersing semalam, ditemui selamat hari ini.
Kristine, 35 tahun, dibawa dengan menaiki helikopter ke Stadium Mini Mersing, jam 12.05 tengah hari tadi.
Dia merupakan jurulatih selam kepada lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46 tahun, dan anaknya Nathan Renze, 14 tahun, warga Belanda, dan wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18 tahun, yang masih hilang ketika ini.
BACA: Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing
Dalam kejadian tengah hari semalam, empat warga asing itu hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di sini.
#penyelam hilang #warga eropah #Mersing #Kristine Grodem #Pulau Tokong Sanggol