awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia Felda dipenjara 14 hari, denda RM25,000 kerana terima suapan

Bernama
Bernama
01/06/2022
09:12 MYT
Penyelia Felda dipenjara 14 hari, denda RM25,000 kerana terima suapan
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Mei lepas. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang Penyelia Rancangan Tanah FELDA dipenjara 14 hari dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan tender projek bagi membekal dan menanam bunga hiasan bernilai RM4,990, empat tahun lepas.
Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Syafeq Mokhtar, 34, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Mei lepas.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Syafeq yang merupakan Setiausaha Jawatankuasa Tender Rancangan di Pejabat FELDA Palong 5 didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan memilih syarikat miliknya, Syarikat SNF Baraqah Enterprise bagi menyediakan tenaga buruh, peralatan dan pengangkutan.
Ia bertujuan menjalankan kerja-kerja membekal dan menanam bunga hiasan di jalan kawasan Kampung FELDA Palong 5 dan kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat FELDA Palong 5 pada November 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala Mohd Syafeq tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyelia Felda
#penjara
#suapan
#Rasuah
#SPRM
#Mohd Syafeq Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan