awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia syarikat didakwa memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
28/12/2021
05:16 MYT
Penyelia syarikat didakwa memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian
Lee Han Wee tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh dengan menggunakan alat bantuan berjalan pada jam 9 pagi. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang penyelia syarikat hiasan dalaman dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut, akhir bulan lalu.
Tertuduh, Lee Han Wee, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zzureen Sahira Sauffee Apandi.
Tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh dengan menggunakan alat bantuan berjalan pada jam 9 pagi.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dikatakan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kemalangan dan kematian seorang lelaki, Abdul Rahim Mohamad, 53.
Kejadian berlaku di Jalan Limbongan, Klebang pada jam 12.45 pagi, 29 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Pindaan 2020.
BACA: Dakwaan pemandu 'mabuk' punca nahas di Klebang, polis tunggu laporan kimia
Sabit kesalahan boleh dipenjara 15 tahun, denda RM100,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama 10 tahun.
Kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN), Ahmad Sazali Omar manakala tertuduh diwakili peguam Wan Nurul Nurain Wan M. Razali.
Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.
27 Januari depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu Astro AWANI melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu, mangsa yang juga kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Proton Wira dipandunya dirempuh secara tiba-tiba dari arah bertentangan.
Kejadian itu mengakibatkan kenderaannya berpusing dan melanggar tiga lagi motosikal dari arah sama, bagaimanapun kesemua mangsa termasuk tiga anaknya yang turut berada dalam kenderaan sama terselamat dan mengalami beberapa kecederaan.
Topic Berkaitan
#pemandu mabuk
#ayer keroh
#sebabkan kematian
#Lee Han Wee
#Klebang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan