awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelidik di Sarawak temui spesies kucing liar paling jarang ditemui di dunia

Bernama
Bernama
25/01/2016
10:47 MYT
Penyelidik di Sarawak temui spesies kucing liar paling jarang ditemui di dunia
Sebagai rujukan umum, inilah spesies kucing hutan Pardofelis badia yang ditemui di hutan Lundu baru-baru ini. - Foto sumber common.wikimedia.org
Sekumpulan penyelidik dari Jabatan Perhutanan Sarawak berjaya menemui kucing liar yang paling jarang dan sukar ditemui di dunia daripada spesies Bay Cat (Pardofelis badia) di hutan Lundu baru-baru ini.
Menurut pengarah jabatan, Sapuan Ahmad, kajian mengenai kucing liar ialah sebahagian daripada projek penyelidikan selama lima tahun di kawasan Heart of Borneo.
Kawasan Heart of Borneo terletak betul-betul di tengah pulau Borneo meliputi kawasan hutan hujan seluas 22 juta hektar bersempadan dengan Brunei, Kalimantan Indonesia dan Malaysia.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Sapuan berkata spesies itu hanya dikesan di Taman Negara Mulu, Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau, Taman Negara Pulong Tau dan Hutan Anap Muput, kesemuanya di negeri ini.
bay cat
Bay Cat
Ini pula ilustrasi Bay Cat daripada Zoological Society of London. - Foto sumber Wikimedia
Beliau berkata penemuan itu menunjukkan bahawa spesies tersebut terdapat secara berselerak.
"Ia juga menunjukkan betapa hutan di negeri ini kaya dengan biodiversiti.
"Justeru, kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha untuk menambah kawasan di bawah Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) dari semasa ke semasa," kata beliau.
Beliau memuji usaha pasukan itu di bawah Dr Ahmad Ampeng atas penemuan tersebut.
Ahmad berkata penemuan itu akan membuka jalan bagi kawasan yang lebih luas untuk penyelidikan mengenai kucing liar berdasarkan warna dan bentuk fizikal haiwan itu.
"Kami perlu menjalankan kajian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan sama ada spesies yang ditemui di seluruh negeri berbeza antara satu sama lain.
Topic Berkaitan
#kucing liar
#Pardofelis Badia
#spesies jarang ditemui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan