Operator dron pertanian disaran mohon lesen kendali daripada CAAM - MARDI

KADA menggalakkan petani dan pesawah di bawah seliaannya menggunakan teknologi dron dalam aktiviti pertanian bagi meningkatkan kecekapan kerja serta hasil pengeluaran padi. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA BHARU: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyarankan semua operator dron pertanian supaya memohon lesen kendalian dron yang sah daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Ringkasan AI
- MARDI menyarankan operator dron pertanian memohon lesen CAAM bagi keselamatan dan pematuhan peraturan.
- MARDI lancarkan inisiatif pemberian lesen percuma kepada 350 operator dron untuk galakkan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian.
- KADA galakkan penggunaan dron dalam aktiviti pertanian bagi tingkatkan kecekapan, hasil pengeluaran, dan penggunaan baja yang lebih tepat.
"Lesen ini diberikan menerusi pelaksanaan program Jelajah Dron Pertanian 2025 dengan kerjasama CAAM dengan peserta akan memahami aspek peraturan dan keselamatan mengendalikan dron berpandukan modul baharu iaitu Remote Certificate of Competency-Agriculture Light (RCOC-AL).
"Untuk menerbangkan dron, mereka perlu mengetahui peraturan ditetapkan, selain perlu mempunyai kemahiran agar proses mengendalikan dron dapat dilakukan dengan selamat termasuk mengetahui kawasan larangan penggunaanya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Jelajah Dron Pertanian 2025 Zon Timur di sini pada Selasa, yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Khalid Samad.
Sementara itu, Khalid berkata KADA menggalakkan petani dan pesawah di bawah seliaannya menggunakan teknologi dron dalam aktiviti pertanian bagi meningkatkan kecekapan kerja serta hasil pengeluaran padi.
Beliau berkata penggunaan dron kini menjadi antara pendekatan moden yang berpotensi besar dalam sektor pertanian kerana mampu mengurangkan kos operasi dan masa, selain memastikan kadar penggunaan baja dan racun lebih tepat.
"Menerusi penggunaan dron, penyemburan baja dan racun serta pemantauan dapat dilakukan secara seragam serta menjimatkan tenaga buruh, selaras dengan hasrat KADA memperkasakan sektor pertanian menggunakan teknologi baharu termasuk penggunaan dron.
"Dengan adanya penggunaan teknologi dalam sektor pertanian ini, diharap ia dapat menarik minat golongan muda menceburi bidang pertanian seiring dengan hala tuju negara ke arah pertanian moden dan bertepatan dengan Revolusi Industri 4.0," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


