awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelidik New Zealand menilai bahaya tsunami guna teknik pemodelan baharu

Bernama
Bernama
12/12/2023
21:00 MYT
Penyelidik New Zealand menilai bahaya tsunami guna teknik pemodelan baharu
Kajian terkini yang diterbitkan pada Selasa menunjukkan bahawa tsunami boleh mencapai sehingga 28 meter manakala pantai utara dan timur Pulau Utara New Zealand paling berisiko terjejas gelombang tsunami terbesar. - Gambar fail
WELLINGTON: Kajian terkini yang diterbitkan pada Selasa menunjukkan bahawa tsunami boleh mencapai sehingga 28 meter manakala pantai utara dan timur Pulau Utara New Zealand paling berisiko terjejas gelombang tsunami terbesar, lapor Xinhua.
Pasukan penyelidik telah membangunkan kaedah baharu yang inovatif untuk menjalankan penilaian bahaya tsunami dengan menggunakan New Zealand sebagai kajian kes.
Penyelidik meneliti katalog sintetik 30,000 tahun gempa bumi dan memetakan tsunami yang dihasilkan daripada lebih 2,500 gempa bumi yang berukuran tujuh pada skala Richter atau lebih kuat.
"Tsunami sangat berbahaya yang membawa maut namun jarang berlaku menyebabkan ia sukar untuk dikaji," kata Laura Hughes dari Victoria University of Wellington.
Beliau berkata ini adalah kali pertama katalog gempa bumi berasaskan fizik digunakan bagi menyiasat bahaya tsunami dan ia mengatasi pelbagai cabaran berbanding kaedah sebelumnya.
Hasil penyelidikan Hughes menunjukkan bahawa gempa bumi yang dimodelkan di zon Hikurangi dan Tonga-Kermadec menimbulkan bahaya terbesar di banyak bahagian sepanjang pantai New Zealand.
Teknik pemodelan telah digunakan sebagai asas untuk menganggarkan kesan dan kerugian akibat tsunami di sekitar New Zealand, menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Geophysical Research: Solid Earth. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#New Zealand
#tsunami
#penyelidik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan