awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelidik Sweden perlihat tanah bioelektronik, mampu percepat tumbesaran tumbuhan

Amanz
Amanz
29/12/2023
04:24 MYT
Penyelidik Sweden perlihat tanah bioelektronik, mampu percepat tumbesaran tumbuhan
Menggunakan aliran tenaga elektrik, biji-biji benih barli ini didapati meresap nitrogen pada kadar yang lebih cekap. -Amanz
DI ANTARA cabaran yang dihadapi banyak negara ialah mencari cara bagaimana untuk menanam tumbuh-tumbuhan, khususnya dengan cuaca dan iklim yang tidak begitu menentu.
Kesukaran juga dilihat apabila tanah sendiri kurang subur dan menyukarkan lagi kepelbagaian tanaman untuk kegunaan orang ramai.
Terkini, beberapa penyelidik di Linköping University di Sweden telah berjaya membangunkan “tanah bioelektronik” yang boleh digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran tumbuhan pada kadar 50 peratus.
Para penyelidik ini telah berjaya mencipta “tanah bioelektronik” yang menggabungkan tanah biasa dengan komponen polymer yang dinamakan PEDOT yang secara lazimnya diperlihatkan di dalam perkakasan seperti pengimbas dan juga paparan OLED.
Sama seperti perkakasan-perkakasan ini, kegunaan PEDOT di dalam tanah bioelektrik ini adalah untuk mengalirkan kuasa elektrik di dalam tanah.
Diuji dalam lot hidroponik, tanah bioelektronik ini digunakan untuk menanam biji benih barli setelah sedikit tenaga elektrik (0.5V) dialirkan di dalamnya.
Kajian oleh para penyelidik ini mendapati bahawa biji benih barli ini mula tumbuh 50 peratus lebih cepat berbanding dengan biji benih yang tidak menerima kejutan elektrik tersebut, di mana barli yang menggunakan tanah bioelektronik ini dilihat lebih besar selepas 15 hari.
Ia dilaporkan bahawa dengan aliran tenaga elektrik tersebut, biji-biji benih barli ini didapati meresap nitrogen pada kadar yang lebih cekap.
Ini membantu dalam mempercepatkan tumbesaran benih tersebut. Walaupun begitu, para penyelidik ini tidak mengetahui mengapa perkara ini berlaku buat masa ini.
Dengan penyelidikan lebih lanjut, ia dijangka bahawa tanah bioelektronik ini bukan sahaja boleh membantu petani untuk menanam lebih banyak tanaman sepanjang tahun, tetapi juga dapat mengurangkan kebergantungan terhadap baja dan juga air, khususnya kerana tanah bioelektrik ini menggunakan teknik hidroponik untuk menanam tumbuhan. -Amanz
Topic Berkaitan
#tanah bioelektronik
#Link ping University
#percepat tumbesaran tumbuhan
#PEDOT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan