SUMBER bekalan air bersih dan selamat sangat penting bagi memastikan kelangsungan urusan seharian pengguna.
Tahukah anda kumulatif sebanyak 8.4 juta pengguna yang menerima air bersih dan selamat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menerusi jajaran paip lebih dari 29,000 kilometer (km)?
Bagi menampung keperluan tersebut, ia melibatkan keseluruhan 34 buah loji rawatan air (LRA) yang beroperasi 24 jam setiap hari bagi menghasilkan purata 5,000 juta liter air terawat sehari (JLH).
Sebagai penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia dengan beribu-ribu aset di bawah kendaliannya, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) komited dalam melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjadual secara berkala.
Ia adalah bagi memastikan perkhidmatan bekalan air terus dapat disalurkan kepada pengguna dan mengelakkan gangguan air tidak berjadual daripada berlaku.
Kepentingan penyenggaraan, manfaat kepada pengguna
Air Selangor dalam kenyataannya berkata, semua asetnya perlu menjalani program Penyenggaraan Pencegahan dan Penyenggaraan Pembetulan bagi mengelakkan sebarang kerosakan tidak diduga.
“Sekiranya tidak disenggara, kebarangkalian berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual akibat kerosakan peralatan rumah pam, kerosakan aset loji rawatan air, kebocoran paip atau pecah yang akhirnya menjejaskan pengguna.
“Setiap tahun, kami merancang untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjadual pada aset-aset bekalan air berdasarkan tempoh hayat aset-aset ini," menurut kenyataan syarikat.
Air Selangor selain itu turut menguruskan lebih daripada 1,610 buah kolam takungan perkhidmatan, 732 rumah pam dan 1,117 stesen persampelan air.
Menurut Air Selangor, pelan komprehensif kerja-kerja penyenggaraan berskala besar perlu dibentangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi mendapatkan kelulusan.
“Kami perlu memaklumkan kepada pengguna mengenai pelaksanaan kerja tujuh hari sebelum penyenggaraan dilaksanakan, ia termasuk pengumumam gangguan bekalan air dan pelan pemulihan di kawasan terjejas.
“Langkah ini membolehkan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya mengikut kepeluan isi rumah. Operator air juga perlu mengemas kini jadual kerja penyenggaraan tepat pada masanya.”
Pematuhan garis panduan SPAN bagi tujuan penyenggaraan berjadual
Jelas Air Selangor lagi, semasa gangguan air berjadual, kerja-kerja penyenggaraan dilaksanakan ke atas aset terlibat dalam tempoh masa ditetapkan.
“Sebagai contoh, untuk kerja-kerja penyenggaraan melibatkan loji rawatan air, kita memerlukan tempoh masa selama enam jam untuk menstabilkan setiap bahagian dalam proses rawatan air di loji rawatan air.
“Proses ini adalah bagi memastikan kolam imbangan diisi sehingga paras empat meter dan berada dalam keadaan optimum. Bekalan air kemudiannya mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air yang mengambil masa selama 12 jam bagi mengisi semula kolam-kolam air.”
Sebelum pelaksanaan kerja penyenggaraan berjadual, operator air perlu mematuhi garis panduan ditetapkan SPAN, ia termasuk:
1. Premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis yang terlibat dengan gangguan bekalan air dikenal pasti.
2. Tarikh dan masa pelaksanaan kerja ditetapkan tujuh hari sebelum atau tujuh hari selepas sambutan perayaan utama serta tarikh peperiksaan utama yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia.
Ke Arah Pengurusan Air Lestari
Ke arah kelestarian masa hadapan, Air Selangor komited dan berikrar untuk terus memberi perkhidmatan terbaik dalam membekalkan air bersih, selamat dan berterusan kepada pengguna.
Tambah Air Selangor, menerusi rancangan perniagaan 30 tahun Air Selangor, pihaknya mengambil kira pelaksanaan program penggantian paip lama untuk menukar lebih 6,000km paip jenis asbestos dengan anggaran 150km paip setiap tahun.
“Paip-paip ini dikategorikan sebagai paip usang atau yang tidak boleh dibaiki lagi, sekaligus memerlukan penggantian. Ia akan diganti dengan paip jenis High-Density Polyethylene (HDPE) dan Ductile Iron (DI) yang lebih berdaya tahan terhadap sebarang perubahan tekanan dan cuaca,” ujar Air Selangor.
Haikal Raman
Tue Oct 12 2021
Air Selangor melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjadual dengan perancangan rapi walaupun pada waktu malam. - Gambar fail
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Penyenggaraan berjadual aset-aset Air Selangor, ini yang anda perlu tahu
Penyenggaraan berkala penting bagi memastikan perkhidmatan bekalan air terus dapat disalurkan kepada pengguna dan mengelakkan gangguan air tidak berjadual daripada berlaku.