SHAH ALAM: Memiliki ketokohan tersendiri dalam menarik sokongan orang muda diyakini antara sumbangan terbesar mampu diberikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika bekas Ketua Pemuda UMNO itu menerima tawaran sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti tersebut.
Ahli MPT Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, dengan daya tarikan ini, penyertaan bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan secara tidak langsung berupaya memberi nilai tambah bukan sahaja kepada parti bahkan Perikatan Nasional (PN) sendiri.
“Sudah tentu beliau (Khairy) mampu menarik sokongan bukan sahaja kelompok politik tetapi juga belia, korporat dan sebagainya yang menyukai beliau.
“Keadaan ini pastinya memberi nilai tambah kepada Bersatu secara khusus dan PN secara amnya dalam persiapan menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi ini.
“Malah, saya sebagai ahli politik muda secara peribadi amat mengagumi beliau dalam beberapa hal,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sumbangan yang mampu diberikan Khairy sekiranya menerima tawaran menyertai barisan kepimpinan Bersatu.
Pada Rabu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Khairy telah ditawarkan memegang jawatan ahli MPT Bersatu.
Sementara itu, ditanya mengenai tawaran yang dibuat kepada Khairy oleh Muhyiddin itu mendapat persetujuan parti atau sebaliknya, Muhammad Faiz berkata, barisan kepimpinan memberi mandat sepenuhnya kepada Ahli Parlimen Pagoh itu untuk membuat sebarang keputusan.
“Kita sememangnya sudah menjangkakan pasti ada pelawaan daripada barisan kepimpinan terutamanya Muhyiddin secara peribadi dan kita memberi mandat untuk Tan Sri (Muhyiddin) berhubung dengan Khairy secara formal atau tidak formal,” kata beliau.
Ujarnya lagi, melihat kepada ketokohan politik Khairy di peringkat nasional, bekas Menteri Kesihatan itu disifatkan sebagai layak untuk mendapat tempat dalam barisan MPT mana-mana parti. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 19 2023
Penyertaan bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan secara tidak langsung berupaya memberi nilai tambah bukan sahaja kepada parti bahkan Perikatan Nasional (PN) sendiri. - Foto fail/Astro AWANI
Isu kontrak suami: "Saya berdiam kerana enggan ganggu siasatan" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Penduduk Palestin kembali ke Jabalia
Penduduk Palestin kembali ke Jabalia, Gaza pada Jumaat selepas tentera Israel menamatkan operasi di kawasan itu selepas beberapa hari pertempuran sengit.
Empat ekor gajah ditemui mati disyaki diracun
Empat ekor gajah ditemui mati di Kampung Sri Timur, Kahang dekat Kluang, pada Sabtu dipercayai diracun.
Lebih separuh jemaah Haji Malaysia sudah masuki Mekah
Sehingga 30 Mei 2024, seramai 21,517 jemaah haji Malaysia daripada keseluruhan 31,600 orang telah berada di Tanah Suci Mekah termasuk mereka yang tiba di Madinah sebelum ini.
BN buat persiapan awal
Barisan Nasional (BN) khususnya Umno telah membuat persiapan awal bagi membantu menggerakkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Tiada tolak ansur pelanggaran etika, kegelojohan kepimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau sama sekali tidak akan bertolak ansur dan mengizinkan sebarang pelanggaran etika termasuk kegelojohan dalam kepimpinan pada Sabtu.
Mary Lim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Protem Penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC
Mary Lim Thiam Suan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem bagi penubuhan Mahkamah Timbang Tara, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.
SPRM teruskan siasatan ada petunjuk baharu
SPRM terima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
SPRM teruskan siasatan ada petunjuk baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aidiladha: Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naikkan harga barangan - KPDN
KPDN ingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, apabila permintaan tinggi terutama menjelang Aidiladha ini.
KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd
Khairy dilantik atas kapasiti Pengarah Bebas Syarikat untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...