awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong PAS bantah kenyataan Guan Eng

Bernama
Bernama
24/01/2013
05:49 MYT
Penyokong PAS bantah kenyataan Guan Eng
Lebih 50 penduduk termasuk penyokong PAS yang tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, hari ini mengadakan demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu dibenarkan.
Selain membawa sepanduk mengecam Lim, penduduk Kampung Padang Enggang itu turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.
Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudiannya mendesak PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.
"Atas nama Islam, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.
"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.
Mohd Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.
Isu kalimah Allah itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.
Bagaimanapun selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama PAS kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan.
Topic Berkaitan
#DAP
#Kalimah Allah
#Lim Guan Eng
#pakatan
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan