awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta diperluas - Dr Adham

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
04/07/2021
05:19 MYT
Penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta diperluas - Dr Adham
Dr Adham berkata kapasiti katil ICU dan bukan ICU termasuk peralatan dan kemudahan yang diperlukan akan turut ditingkatkan - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan penyumberluaran (outsourcing) pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta bagi membolehkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima dan merawat lebih ramai pesakit COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah afirmatif segera tersebut diambil untuk menangani keadaan luar jangka berhubung kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ke hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Lembah Klang.
Jelas beliau lagi, pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama HKL, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Ketua Perkhidmatan Kepakaran berhubung keperluan penyediaan katil tambahan khususnya katil di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa pada masa ini terdapat peningkatan bilangan pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima yang hadir atau dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma serta ICU khususnya di (HKL).
“Daripada keseluruhan kes COVID-19 yang dikendalikan oleh HKL, sebanyak 71 peratus adalah pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima, manakala bakinya adalah pesakit COVID-19 kategori satu dan dua.
“Berdasarkan rekod terkini, Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL menerima antara 60 hingga 70 orang pesakit COVID-19 dalam tempoh sehari dengan purata tiga pesakit kategori empat dan kategori lima yang memerlukan bantuan alat pernafasan. Bagi pesakit kategori lima, pesakit perlu dirawat di ICU,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Adham berkata kapasiti katil ICU dan bukan ICU termasuk peralatan dan kemudahan yang diperlukan akan turut dipertingkatkan.
Ia termasuk alat bantuan pernafasan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti seperti Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi menerima dan merawat lebih ramai pesakit COVID-19.
"Selain itu, memberi penugasan semula (mobilisasi) secara sementara kepada petugas kesihatan (pakar perubatan dan anggota paramedik) dari negeri tertentu bagi menyokong perkhidmatan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti yang memerlukan petugas kesihatan tambahan bagi merawat pesakit COVID-19.
"Mengoptimumkan sumbangan sukarelawan dan pelajar kejururawatan tahun akhir dari Institut Latihan KKM yang sedang menjalani latihan praktikal (akan diberi vaksinasi terlebih dahulu) bagi membantu petugas kesihatan sedia ada seperti di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
"Manakala, sebahagian anggota jururawat berpengalaman yang ditugaskan di PPV dan Pusat Saringan COVID-19 akan ditugaskan semula bagi menyokong penyampaian perkhidmatan di hospital KKM," tambah beliau.
Dalam perkembangan sama, Adham berkata aktiviti penguatkuasaan dan kawalan mengikut sektor tertentu akan dipergiatkan lagi bagi memastikan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Katanya, kerajaan akan melipat gandakan lagi pemberian vaksin daripada sejumlah 250,000 suntikan sehari kepada 300,000 suntikan sehari.
Keupayaan itu berdasarkan perolehan vaksin tambahan dan pembukaan lebih banyak PPV di seluruh negara termasuk PPV Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor.
Topic Berkaitan
#ICU
#KKM
#Adham Baba
#Kapasiti HKL
#pesakit COVID-19
#vaksinasi
#Pesakit COVID-19 kritikal
#PKP 3 0
#MCO 3 0
#berita hari ini
#penyumberluaran
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan