awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perabot, buku teks akan dihantar segera ke sekolah terjejas banjir

Bernama
Bernama
10/01/2015
12:31 MYT
Perabot, buku teks akan dihantar segera ke sekolah terjejas banjir
Kementerian Pendidikan akan menyegerakan penghantaran perabot dan buku teks ke sekolah yang terjejas banjir baru-baru ini.
Kementerian Pendidikan akan menyegerakan penghantaran perabot dan buku teks ke sekolah yang terjejas banjir baru-baru ini untuk memastikan kelancaran sesi persekolahan 2015.
Sesi persekolahan akan dibuka esok di Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah serta Isnin bagi negeri-negeri lain.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata fokus kementerian kini adalah memastikan sekolah yang terjejas teruk dapat dibuka secepat mungkin.
"Dengan pelbagai cabaran ketika ini, penghantaran perabot dan buku teks itu akan selesai seawal tiga atau empat minggu lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 200 pelajar terlibat banjir di Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior di sini hari ini.
Mengenai penangguhan seminggu lagi sesi persekolahan di 41 buah sekolah terjejas banjir, Idris berkata pentadbiran sekolah perlu berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri mengenai tarikh sesuai untuk mengganti semula hari persekolahan yang ditangguhkan itu.
Beliau juga berkata kementerian bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk berdepan banjir gelombang ketiga yang dijangka berlaku sekiranya cuaca tidak menentu ketika ini, masih berterusan.
Idris turut memuji usaha pelbagai pihak yang banyak menghulur bantuan kepada pelajar sekolah dan penyelarasan terperinci akan terus dibuat bagi memastikan sumbangan sampai kepada golongan sasar.
Topic Berkaitan
#banjir
#buku teks
#Idris Jusoh
#Jabatan Pendidikan
#Kelantan
#peabot
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan