Peradaban Islam di Indonesia, Malaysia dan Brunei lebih terbuka, namun hadapi cabaran ekonomi - Jusuf Kalla

Jusuf Kalla, menyifatkan peradaban Islam di Indonesia, Malaysia dan Brunei sebagai antara yang paling terbuka di dunia. - Gambar/ Astro AWANI/ Meor Hamzi
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, menyifatkan peradaban Islam di Indonesia, Malaysia dan Brunei sebagai antara yang paling terbuka di dunia, namun menegaskan bahawa umat Islam di rantau ini masih berdepan cabaran besar dalam aspek ekonomi dan perniagaan.
Menurut beliau, keterbukaan peradaban Islam di Asia Tenggara menjadi contoh kepada dunia, terutama dalam konteks keharmonian sosial dan pembangunan institusi keagamaan.
"Peradaban Islam di Indonesia, Malaysia, di Brunei. Itu jauh lebih terbuka sebenarnya.
"Saya berperanan sebagai Ketua Majlis Masjid di Indonesia dan saya lihat bagaimana pembangunan masjid terus-menerus bertambah," katanya.Jusuf berkata demikian di 3rd World Conference On Islamic History & Civilazation 2025 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada Selasa.
Jusuf yang juga Pengerusi Majlis Masjid Indonesia, turut memaklumkan wujud perkembangan Islam di Asia Tenggara dengan situasi di negara-negara Barat yang cukup positif.
Jusuf turut menyatakan bahawa Islam semakin berkembang di Barat, dengan pemimpin Islam kini memegang jawatan penting seperti Datuk Bandar London, dan berharap Datuk Bandar New York yang baharu juga akan beragama Islam.
Justeru, Jusuf menyeru agar umat Islam di rantau ini memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi dan memperkukuh kedudukan dalam sektor perniagaan bagi memastikan kemajuan peradaban Islam yang lebih seimbang dan berdaya saing.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami