awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak akan terima pakai pindaan Akta Perhutanan Negara - MB

Bernama
Bernama
15/11/2023
22:45 MYT
Perak akan terima pakai pindaan Akta Perhutanan Negara - MB
Saarani beramah mesra dengan mangsa banjir, Rohani Ahmad, yang berkerusi roda di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan, 15 Nov 2023. Turut kelihatan, Salbiah (kiri). -- fotoBERNAMA
TELUK INTAN: Kerajaan Perak akan menerima pakai keseluruhan pindaan dalam Akta Perhutanan Negara (Akta 313) yang telah dilulus dan diwarta di peringkat Persekutuan pada September tahun lepas, sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya akan memastikan jabatan dan agensi kerajaan negeri bekerjasama dengan Persekutuan bagi merealisasikan hasrat tersebut.
"Jika sebarang RUU (Rang Undang-Undang) yang dibahaskan di Parlimen dan diluluskan maka ia akan menjadi akta, maka bila dah jadi akta mana-mana kerajaan negeri wajib pakai.
"Akta bermakna undang-undang sudah digubal dan wajib kita laksanakan mengikut Perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan, kita akan ikut apa yang telah diputuskan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan mangsa banjir daerah Hilir Perak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Padang Tembak dan PPS Dewan Serbaguna Chikus di sini semalam.
Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Salbiah Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Woo Kah Leong.
Saarani berkata sebelum sesuatu RUU dibawa ke Parlimen terdapat libat urus antara kerajaan Persekutuan dan negeri supaya tidak ada percanggahan dengan akta di Perak.
"Sesuatu akta yang telah diluluskan di peringkat Parlimen saya yakin telah dirunding terlebih dahulu di peringkat negeri dan ada penyelarasan, kalau tidak takkan ia diluluskan," katanya.
Terdahulu Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta semua kerajaan negeri memberi sokongan dengan menerima pakai keseluruhan pindaan dalam Akta Perhutanan Negara (Akta 313) di negeri masing-masing.
Antara penambahbaikan utama yang diperkenalkan dalam pindaan tersebut ialah memperketatkan proses pewartaan keluar dan penggantian Hutan Simpanan Kekal (HSK), selain proses penyiasatan awam diperkenalkan sebelum sesuatu kawasan HSK diwarta keluar dan penggantian serentak bagi HSK yang diwarta keluar.
Kadar denda maksimum bagi kesalahan hutan juga telah ditingkatkan daripada RM500,000 kepada RM5 juta dan hukuman penjara maksimum dinaikkan kepada tujuh tahun hingga 20 tahun sebagai langkah pencegahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#Akta Perhutanan Negara
#Rang Undang-Undang
#Hutan Simpan Kekal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan