awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak benarkan majlis nikah di dewan mulai Jumaat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/03/2021
13:26 MYT
Perak benarkan majlis nikah di dewan mulai Jumaat
Pihak pengantin turut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pematuhan semua peraturan dikeluarkan MKN dan KKM. - Gambar hiasan
IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di dewan hotel atau dewan komuniti serba guna, berkuat kuasa Jumaat ini.
Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata bagaimanapun jumlah kehadiran yang dibenarkan hanya 50 peratus daripada kapasiti premis dan tidak melebihi jumlah maksimum 250 orang.
Menurutnya, jumlah kehadiran itu termasuk Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju' Negeri Perak (PPNCR), wali pengantin, pengantin lelaki dan perempuan serta dua orang saksi.
"Majlis turut dibenarkan di masjid dan surau dengan kebenaran pengerusi masjid dan surau berkenaan serta Pejabat Agama Islam Daerah dengan kebenaran Pegawai Tadbir Agama Daerah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Pendaftar atau PPNCR bertanggungjawab memastikan perkara ditetapkan dipatuhi iaitu rukun nikah, membaca ta'liq selepas majlis akad nikah, tiada berjabat tangan ketika lafaz ijab kabul serta menjaga jarak sekurang-kurangnya satu meter oleh setiap hadirin.
Katanya pihak pengantin turut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pematuhan semua peraturan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.
"Majlis itu boleh ditangguhkan atau dibatalkan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau PPNCR sekiranya tatacara terbaharu ini tidak dipatuhi atau arahan daripada Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju' Negeri Perak," katanya.
Topic Berkaitan
#Perak
#PKPB
#majlis perkahwinan
#akad nikah
#dewan
#dewan hotel
#dewan komuniti
#dibenarkan
#Jumaat
#jaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan