IPOH: Dalam tempoh 11 hari Ramadan, Perak mencatatkan 1,204 kes kemalangan jalan raya yang menunjukkan peningkatan kes sebanyak 16 peratus, dalam tempoh yang sama berbanding tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Supt Azizan Hassan berkata, ia meningkat berbanding 1,039 kes, bagi tempoh yang sama Ramadan tahun lepas dan peningkatan tersebut berkemungkinan kerana orang ramai telah bebas bergerak tanpa sebarang sekatan, berbanding sebelum ini.
"Daripada jumlah itu, ia turut melibatkan 18 kes kemalangan maut selain 13 kes kecederaan parah, 44 kes kecederaan ringan manakala bakinya 1,129 kes tidak melibatkan kecederaan," katanya ketika menjadi tetamu di program Eksklusif@PERAKfm 'Pandu Cermat, Jiwa Selamat' di radio Perak fm hari ini.
Ditanya mengenai langkah diambil dalam memastikan kesesakan luar biasa pada waktu kemuncak iaitu semasa berbuka puasa, beliau berkata pihaknya sentiasa melakukan rondaan secara berkala dan bersedia untuk memberi bantuan kawalan lalu lintas di seluruh negeri Perak, sejak hari pertama Ramadan.
"Pihak JSPT telah menempatkan penugasan 'point duty', untuk mengawal dan melancarkan keadaan lalu lintas di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti berlakunya kesesakan tersebut.
"JSPT turut mengambil tindakan proaktif dengan menempatkan polis trafik di setiap lokasi bazar Ramadan yang menjadi tumpuan orang ramai, dan mempunyai kadar pengunjung yang tinggi bagi membuat rondaan, serta memastikan pemilik kenderaan yang pergi ke bazar meletakkan kenderaan di tempat yang betul agar tidak mengganggu lalu lintas," tambah beliau.
Azizan turut menasihati pengguna supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, bagi mengelakkan kemalangan, selain sentiasa berhati-hati dan tidak mementingkan diri sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Kemalangan boleh dielak jika pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya, sentiasa berhati-hati dan tidak mementingkan diri sendiri. - Gambar fail
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Dua beradik maut dalam kemalangan dengan lori simen
Kenderaan jenis Proton Ezora yang dipandu mangsa, Joll Mohamad, 56 tahun, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori simen.
Wanita maut, empat termasuk kanak-kanak cedera, nahas dua kenderaan
Kemalangan di Kampung Gajah itu membabitkan kereta jenis Perodua Kancil dan Proton Perdana.
Suami isteri maut nahas dua kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 28 tahun, tersepit dalam kenderaan jenis Proton Wira.
Songkran: Polis Thailand tubuh pusat pemantauan cegah kemalangan jalan raya
Polis Thailand menubuhkan pusat pemantauan bagi mencegah dan mengurangkan kemalangan jalan raya semasa penganjuran Festival Songkran.
ADUN Endau kemalangan, terima 19 jahitan
Alwiyah yang mengalami kecederaan di dagu dan mulut menerima 19 jahitan dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.
Penduduk tempatan terkejut dengan kemalangan ngeri ragut tiga nyawa di New Zealand
Kejadian kemalangan maut yang terjadi di laluan ikonik berdekatan destinasi tarikan New Zealand menggemparkan warga tempatan.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Dua maut, lima parah kereta bertembung lori di Sandakan
Menurut bomba, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.
Korban nahas di Kuala Krai meningkat kepada empat orang
Kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia pada 3.15 petang ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Sultan Ismail Petra.
Wanita maut nahas dua kenderaan di Jementah
Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta Perodua Kancil dengan lori treler.