awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak: Enam penerbangan alami kelewatan, satu dilencong ke klia2

Bernama
Bernama
27/09/2015
17:09 MYT
Perak: Enam penerbangan alami kelewatan, satu dilencong ke klia2
Kelewatan itu melibatkan pelepasan bagi sektor Ipoh-Singapura dan Ipoh-Johor Baharu dan ketibaan bagi sektor Singapura-Ipoh dan Johor-Ipoh.
Enam penerbangan - tiga pelepasan dan tiga ketibaan - mengalami kelewatan akibat jerebu di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini, Ahad.
Menurut Pegawai Operasi Malaysia Airports Sdn Bhd Tengku Mahmud Tengku Zainal, ini berikutan jarak ketampakan rendah di lapangan terbang berkenaan iaitu 600 meter.
Beliau berkata kelewatan itu melibatkan pelepasan bagi sektor Ipoh-Singapura dan Ipoh-Johor Baharu dan ketibaan bagi sektor Singapura-Ipoh dan Johor-Ipoh.
"Kelewatan ini melibatkan 344 penumpang iaitu 157 bagi ketibaan dan 187 untuk pelepasan," katanya kepada Bernama.
Tengku Mahmud berkata kesan jerebu turut mengakibatkan penerbangan TR2482 Singapura-Ipoh, yang dijadualkan tiba pukul 3.05 petang, dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Katanya tiga syarikat penerbangan yang terbabit ialah Tiger Air, Firefly dan Malindo Air.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
#penerbangan
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan