awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak kekal usaha bebaskan unsur politk dalam institusi agama negeri

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
14/01/2023
15:47 MYT
Perak kekal usaha bebaskan unsur politk dalam institusi agama negeri
Datuk Wan Zahidi Wan Teh menegaskan ia bagi mengelak segala unsur yang boleh memecah belahkan umat Islam di negeri itu yang mempunyai latar belakang dan aliran politik berbeza. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perak akan terus berpegang kepada peraturan untuk membebaskan semua institusi agama di negeri itu daripada sebarang unsur politik kepartian.
Muftinya, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menegaskan ia bagi mengelak segala unsur yang boleh memecah belahkan umat Islam di negeri itu yang mempunyai latar belakang dan aliran politik berbeza.
“Antara tanggungjawab yang besar ulul amri (pemimpin) adalah untuk menjaga perpaduan ummah. Sebab itu diwajibkan ada ulul amri.
“Maqasid dia adalah supaya ummah ini bersatu.. dan kalau kita lihat dalam konteks masyarakat yang kita bersatu ini banyak, namun ada unsur-unsur baharu yang membawa kepada perpecahan,” katanya ketika hadir sebagai ahli panel pada program Liqa’ Fikri bersama Pengerusi Muzakarah MKI dan Mufti Perak yang dikendalikan oleh Datuk Afifi Al-Akiti pada Ahad.
Malah katanya, sifat politik setempat yang diamalkan oleh kebanyakan ahli politik dan penyokong sesebuah parti selalunya akan lebih menjurus kepada mencari perbezaan.
Ia sekali gus lebih cenderung kepada anasir yang boleh membuahkan perbalahan dan perkelahian.
Justeru beliau melihat adalah amat penting untuk menjadikan semua institusi agama serta rumah ibadat termasuk masjid dan surau yang didaftarkan secara rasmi dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bebas daripada sebarang unsur politik.
“Parti politik nyawanya itu adalah perbezaan.. sedangkan Islam nak hanya satu. Kalau parti politik berceramah di mana-mana adalah sama maka tiadalah nyawanya kerana nyawanya itu adalah pada perbezaan.
“Dia bernafas, makan dan minum dia adalah perbezaan. Hari ni kita tahu berapa banyak.. dia mesti tekankan perbezaan,” katanya lagi.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa arus keadaan perbezaan dalam berpolitik itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan atau dinafikan.
Ia katanya merupakan realiti dalam sistem demokrasi yang diamalkan bagi memberi ruang kepada rakyat untuk memilih pemimpin.
Maka katanya harus ada sesuatu tempat yang membolehkan segala perbezaan politik yang diamalkan itu ditinggalkan dalam mencari kesamaan dikalangan umat Islam di negara ini termasuk rumah ibadat dan institusi keagamaan.
Oleh sebab itu jelasnya lagi, Perak ketika ini juga tetap berpegang kepada larangan yang telah diwartakan bahawa tidak dibenarkan sama sekali mana-mana pihak berpolitik di dalam semua masjid dan surau di bawah seliaan MAIPk baik pemerintah ataupun pembangkang.
Topic Berkaitan
#Islam
#Melayu
#alakiti
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan