Kerajaan negeri dengan sebuah syarikat swasta bekerjasama untuk mereka cipta tangan prototaip elektronik cetakan 3 dimensi (3D) bagi membantu lebih ramai kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan kemudahan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Khairul Shahril Mohamed berkata, kerjasama dengan MyVista itu dilaksanakan melalui Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) yang bertujuan manfaat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) demi kesejahteraan sosial rakyat.
"Inisiatif yang dihasilkan MyVista itu memberi banyak manfaat kepada insan-insan yang memerlukan dan usaha sebegini wajar disambut baik oleh semua pihak.
"Banyak ruang boleh dijayakan dengan kerjasama semua pihak termasuk swasta dan badan-badan korporat untuk menghulurkan bantuan," katanya dalam sidang media selepas penyerahan tangan prototaip elektronik cetakan 3D kepada seorang kanak-kanak OKU, Izza Adeera Faaizul Hisham, 7, di Hub Inovasi dan Multimedia di Meru Raya di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, kerajaan negeri turut menggalakkan syarikat swasta dan badan korporat lain agar bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu kanak-kanak OKU menjalani kehidupan seperti insan normal.
"Saya yakin, lebih banyak pihak bersedia menawarkan diri untuk menjayakan program ini jika ia dihebahkan sebaik mungkin," katanya.
Sementara itu, Pengasas MyVista, Sujana Mohd Rejab berkata, inisiatif bersama kerajaan negeri itu bertujuan meningatkan keyakinan dalam diri kanak-kanak OKU.
Beliau berkata, sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan iaitu lebih murah berbanding di luar negara yang mencecah RM25,000 hingga RM40,000 seunit.
"Kita tidak mahu membebankan penaja atau pemberi sumbangan. Kita lebih kepada memberi khidmat sosial dan tidak mahu membebankan penerima," katanya.
Dalam pada itu, ayah kepada Izza Adeera, Faaizul Hisham De, 42, berkata protaip itu merupakan tangan palsu kedua diterima anaknya yang disifatkan ringan dan sesuai untuk digunakan.
"Dia ada menggunakan tangan mekanikal beberapa tahun lalu tetapi agak sukar kerana memerlukan kekuatan siku selain tangannya yang kecil. Jadi, dia tidak dapat pegang dalam tempoh lama," katanya.
Selain itu, beliau berkata, Izza Adeera tidak pernah berasa rendah diri sebaliknya sudah menerima hakikat kekurangan yang dialaminya sejak daripada lahir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 10 2020

Izza Adeera menerima tangan prototaip elektronik cetakan 3D pada majlis di Hub Inovasi dan Multimedia di Meru Raya, Ipoh, pada Khamis. - Astro AWANI

COVID-19: Kes positif cecah 112 juta
Kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 2.49 juta.

Thailand terima kumpulan pertama vaksin COVID-19, suntikan dijadual bermula minggu ini
Thai Airways International yang mengangkut 200,000 dos vaksin itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabumi pada 10.05 pagi (waktu tempatan).

Malaysia, Perancis setuju kerjasama bentuk baharu
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara berkenaan dipersetujui ketika sidang video hampir sejam pada Isnin dengan rakan sejawatan, Jean-Yves Le Drian.

Menteri Luar Myanmar bertemu rakan sejawatan dari Indonesia, Thai di Bangkok
Prayuth dan Wunna Maung Lwin bertemu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand, di Don Mueng selama sejam dan menumpukan rundingan mengenai masalah politik dan bantahan di Myanmar.

Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Lebih setengah juta penduduk Malaysia daftar untuk terima vaksin COVID-19
Pada masa ini, aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Keuntungan bersih TM melonjak kepada RM1.02 bilion bagi tahun kewangan 2020
Bagaimanapun, pendapatan TM merosot kepada RM10.84 bilion daripada RM11.43 bilion sebelumnya.

Dewan Senat Australia lulus rang undang-undang bayaran untuk kandungan berita
Dewan Senat Australia meluluskan rang undang-undang yang memerlukan Facebook dan Google memberi bayaran bagi setiap kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.

Jenayah | Lolos 13 hari, lelaki Rusia akhirnya ditahan
Setelah 13 hari lolos dari tahanan untuk mengelakkan diri daripada dihantar pulang ke negara asal. Seorang warga Rusia yang menjadi buruan polis antarabangsa (Interpol), berjaya ditahan di Bali, Indonesia. Andrei Kovalenka yang menggunakan nama samaran Andrew Ayer ditahan bersama pasangannya, Ekaterina Trubkina.

Vaksinasi COVID-19 | Ibu bapa di UK terima baik pembukaan sekolah
Kelonggaran itu bakal mengenakan sesi persekolahan di seluruh uk untuk kembali dibuka menjelang 8 Mac. Menurut Pengerusi Mercy UK, Haliza Hashim, pihak ibu bapa dilihat bersedia dan menerima baik mengenai berita pembukaan sekolah itu.

Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU
Sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan.

Pembinaan rumah 3D menggunakan bahan bio-plastik
Sebuah firma senibina di United Kingdom, Softkill Design mengumumkan perancangan untuk membina rumah berasaskan cetakan 3 dimensi.