IPOH: Perak berjaya memperolehi pendapatan RM21.1 juta dalam tempoh 10 bulan hasil royalti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) lantanida.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia dijangka akan terus meningkat apabila mineral tersebut perlu diekstrak di dalam negara sebelum dieksport ke luar.
Menurutnya, ia sekaligus mewujudkan peluang pelaburan dan pekerjaan baharu dalam industri mineral terutama bagi mereka yang mempunyai pengetahuan atau kepakaran berkaitan NR-REE.
"Ia sangat bernilai apatahlah lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kita tidak boleh mengeksport NR-REE dalam bentuk mentah.
"Kita kena melakukan proses pengasingannya dalam Malaysia dan akan ada lagi proses dan kilang-kilang untuk penghasilan produk-produk pertengahan dan produk hiliran," katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Penghargaan Pelabur 2023 dan Pelancaran Pelan Perindustrian Perak (P3) di sini, malam tadi
Menurutnya, kerajaan negeri turut mengalu-alukan para pelabur untuk mengintai peluang dalam membangunkan industri berkaitan NR-REE di negeri ini kerana Perak merupakan perintis kepada usaha berkenaan.
Jelasnya, kerajaan negeri mengambil masa kira-kira dua tahun untuk mendapatkan kebenaran daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Tenaga Atom bagi mengeluarkan mineral tersebut mengikut peraturan ditetapkan.
"Saya nak ingatkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang terlibat sebagai pelabur bolehlah mengintai peluang ini sebab mahu tidak mahu negeri lain yang ada NR-REE memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan.
“Kami telah melaluinya dua tahun, selepas dua tahun baru kami dibenarkan untuk melakukan ekstrak hasil bumi tersebut.
"Dalam tempoh ini kita sedang mendapatkan peluang supaya Perak diberikan keutamaan oleh kerajaan Persekutuan untuk memulakan kerja-kerja mengorek dan mengasingkan bahan-bahan ini dan saya percaya ia akan beri pendapatan agak lumayan," ujarnya.
Projek perintis NR-REE di Mukim Kenering, Gerik di kawasan seluas 84.6 hektar itu dimulakan pada Oktober 2022 setelah memperolehi kelulusan berkaitan daripada agensi-agensi teknikal dan pihak berkuasa negeri.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Nov 30 2023
Saarani menegaskan kerajaan negeri turut mengalu-alukan para pelabur untuk mengintai peluang dalam membangunkan industri berkaitan NR-REE di Perak. - Foto fail/SUK Perak
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
Letupan tangki minyak di Nigera: Angka kematian meningkat kepada 70
Banyak nyawa terkorban berpunca daripada orang ramai cuba mengumpul minyak dari tangki yang tumpah di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.
Polis Johor siasat dakwaan anggota trafik minta dan terima wang di Tambak Johor
Polis Johor sedang menyiasat gambar tular yang mendakwa anggota polis trafik meminta dan menerima wang di Tambak Johor pada Khamis (16 Jan) lepas.
UMNO Perak akur ketetapan tidak teruskan perhimpunan 6 Januari
Menurut Saarani, ia selaras dengan pendirian parti itu yang tetap teguh mendukung kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.
Gerakan koperasi perlu teroka peluang ekonomi baharu - MB Perak
Gerakan koperasi antara enjin pertumbuhan yang menyumbang kepada KDNK yang dapat mentransformasi dan memperkasa ekonomi masyarakat setempat.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.