Kerajaan Negeri Perak tidak menghalang mana-mana penceramah bebas termasuk Dr Zakir Naik untuk menjalankan aktiviti di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah negeri, Asmuni Awi berkata, bagaimanapun, pihaknya perlu meneliti setiap permohonan program yang diadakan bagi memastikan tujuannya tidak menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.
"Setakat ini tiada sebarang permohonan untuk membawa Dr Zakir ke Perak jadi tidak timbul soal Perak membenarkan atau tidak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Parit di Seri Iskandar hari ini yang disempurnakan Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Salahuddin Ayub.
Asmuni yang juga Pengerusi Amanah Perak berkata pihaknya akan hanya menentukan kelulusan kebenaran sekiranya terdapat permohonan penceramah bebas itu di negeri ini.-- LAGI
"Kalau ada kita kena lihat siapa yang memohon dan apa tujuannya bukan sahaja membabitkan Dr Zakir tetapi mana-mana pihak dengan mengambil kira lokasi program sama ada di masjid atau tempat awam," katanya.
Jumaat lepas, Dr Zakir memberi keterangan polis di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam susulan beberapa kenyataan kontroversi.
Sementara itu, Salahuddin berkata, Amanah berpegang pada perjanjian bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
"Keputusan itu sudah termaktub dalam perjanjian awal Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh dan Anwar sebagai pengganti selepas itu," katanya.
Salahuddin berkata penjelasan itu dibuat selepas banyak pihak terutama di peringkat pimpinan yang mahu Amanah mengemukakan pendirian tentang perkara itu.
"Kita menerima Tun Dr Mahathir ketika itu sebagai pengerusi PH maka kita bersama-sama secara konsensus telah menulis perjanjian itu bahawa Perdana Menteri ketujuh adalah Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri kelapan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tidak timbul masalah hendak fikir kembali atau membuat cadangan baharu. Perjanjian itu masih kekal dan Amanah akan pastikan kita masih berpegang lagi kepada perjanjian," katanya.
Bagaimanapun Salahuddin berkata tempoh peralihan jawatan perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar tidak dibincangkan secara spesifik dalam perjanjian itu yang disaksikan pimpinan tertinggi dalam Bersatu, Amanah, PKR dan DAP. - BERNAMA
BACA: 'Kalau hantar Zakir Naik pulang nanti dia kena bunuh' - Tun M
BACA: "Jumpa di mahkamah" - mesej Kula Segaran pada Dr Zakir Naik
Bernama
Sun Aug 18 2019

Kerajaan Negeri Perak tiada halamngan mana-mana penceramah bebas termasuk Dr Zakir Naik untuk menjalankan aktiviti di negeri itu. - Gambar fail

Fahmi adakan menyuarat dua hala di Da Nang
Fahmi mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Vietnam dan Kemboja, di luar Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) ke-16, di sini hari ini.
Pejabat Presiden Indonesia di Nusantara siap 38 peratus
Presiden Indonesia, Joko Widodo memaklumkan pembinaan pejabat presiden di ibu negara baharunya, Nusantara di Pulau Borneo siap 38 peratus.

Selangor juara bina rumah mampu milik - Amirudin
Selangor berjaya membina 40,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun sejak 2018, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Queenstown isytihar darurat tujuh hari
Langkah itu perlu bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan membantu mereka yang terjejas.

Agong berkenan serah kunci Ru'RASA, zahir penghargaan kepada UAE
Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menyerahkan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA), yang dibina dengan kerjasama kerajaan UAE kepada lapan penerima di daerah ini.

MCMC gesa pelaporan berita yang bertanggungjawab dan elak kandungan manipulatif
MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan.

Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan sederhana, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti walaupun unit negara maju mengukuh.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen, selindung di sebalik madrasah
Jabatan Imigresen membongkar perbuatan sepasang suami isteri etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan memalsukan dokumen untuk pelarian dengan berselindung di sebalik operasi madrasah mengajar al-Quran di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat.
Air naik mendadak, mangsa tidak sempat selamatkan barangan
Mangsa banjir di daerah Baling menyifatkan paras air naik terlalu mendadak sehingga mereka tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang di dalam rumah.
Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan, hampir dua bilion panggilan dan 581 juta perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia dengan bantuan penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi (telco) bagi menangani isu penipuan dalam talian.

Mursyidul Am Pas nasihatkan Sanusi jaga ucapan
Hashim berkata, Sanusi perlu memastikan apa yang diucapkan tidak menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) hingga menimbulkan kontroversi.

Anak PM Jepun letak jawatan selaku setiausaha eksekutif ekoran kritikan
Fumio Kishida, akan meletak jawatan selaku setiausaha eksekutif kepada bapanya pada 1 Jun, ekoran kritikan berterusan kerana mengadakan parti di kediaman rasmi perdana menteri.

Penduduk Paris akan mengundi sama ada haramkan skuter elektrik sewa
Penduduk Paris akan mengundi pada April untuk sama ada mengharamkan penyewaan skuter elektrik ekoran pertikaian yang berlaku.

Piala Dunia Qatar: Saya cakap bila saya mahu - Cristiano Ronaldo
Semangat Cristiano Ronaldo kini berkobar-kobar berikutan berjuta-juta orang memandang tinggi kepadanya menjelang Piala Dunia Qatar 2022 selepas wawancara kontroversinya dengan Piers Morgan disiarkan.

Menteri Ekonomi Jepun letak jawatan susulan skandal
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memberitahu bahawa pengganti Yamagiwa akan diumumkan pada Selasa.

"Cukuplah glamor, saya malu dengan anak-anak" - Aliff Syukri mahu jaga maruah, enggan cetus kontroversi lagi
Jika terus khayal dengan glamor, Aliff Syukri bimbang dilabel orang tua tidak sedar diri!

'Saya tak melarikan diri' - Presiden FAM
"Saya tak nak jawab hari ini, saya akan jawab pada Jumaat. Saya mahu berita mengenai perkara ini dilaporkan."

Saya cuba sebar kasih sayang, kenapa masih ada prasangka buruk? - Ebit Lew
Ebit tidak kisah dengan kejian atau tuduhan tidak berasas mana-mana pihak, namun sedih apabila ia turut membabitkan ramai pihak lain.

Ditamat perkhidmatan, Tajuddin ucap 'terima kasih'
Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.

AstraZeneca: Apa yang kita tahu setakat ini
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, kelulusan ke atas vaksin itu diberikan hanya selepas melalui beberapa tapisan jawatankuasa teknikal dan pakar-pakar perubatan.