IPOH: Selepas tiga tahun tidak dianjurkan secara fizikal sepenuhnya susulan pandemik COVID-19, Festival Muzik Carnatic Antarabangsa Malaysia (MYICMF) 2023 kembali dianjurkan di Perak bermula 30 Jun hingga 2 Julai ini.
Festival yang memasuki edisi kelima itu menyajikan kepelbagaian muzik dan instrumen klasik dari selatan India serta dijangka menarik lebih 3,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd Azlan Helmi berkata, acara berprestij itu antara lain merupakan usaha kerajaan negeri dalam mempromosi seni dan budaya, di samping menjadikan Perak sebagai pusat kecemerlangan seni.
Beliau juga optimis usaha itu dapat menjadi titik permulaan bagi memupuk perpaduan menerusi seni budaya, selain menjanjikan acara luar biasa dengan menghimpunkan artis dan penggemar muzik tersebut dari serata dunia.
"Saya dimaklumkan festival kali ini di negeri ini akan menarik kedatangan pengunjung seramai 1,000 hingga 1,500 orang setiap hari selama tiga hari.
"Saya percaya dengan kehadiran pengunjung ke Perak, seterusnya akan mendatangkan impak positif kepada ekonomi setempat selain mempromosi Perak kepada dunia.
"Saya yakin apabila acara sebegini diperbanyak, tidak kira seni budaya berbilang bangsa, ia dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.
"Festival ini nanti akan menjadi platform bagi persembahan luar biasa, kerjasama kreatif dan pertukaran idea serta tradisi," katanya pada sidang media baru-baru ini.
Hadir sama, Pengarah Festival MYICMF, yang juga Pengasas Pemegang Amanah Yayasan Sugam, Sujietra Jayaseelan.
Mengulas mengenai festival tersebut, Sujietra memberitahu, MYICMF mula diperkenalkan pada 2019 dan dianjurkan di Kuala Lumpur.
Katanya, Ipoh menjadi lokasi pilihan bagi tahun ini memandangkan bandar raya ini kaya dengan warisan dan sejarah.
"Selama empat tahun lepas memang kita anjurkan di Kuala Lumpur (ketika pandemik hanya secara dalam talian sehingga 2022).
"Kali ini kami datang ke Ipoh kerana mendapat jemputan mesra dari negeri ini dan bandar raya ini sarat dengan budaya, jadi kenapa tidak kami buat keputusan anjur di sini," katanya.
Jelasnya lagi, barisan artis yang akan menyertai festival itu bukan saja dari India tetapi juga Amerika Syarikat.
"Lebih kurang 15 artis yang terbabit, mereka semua berbakat dan terkenal. Tidak ketinggalan artis tempatan akan turut serta buat persembahan di platform sama," katanya lagi.
Acara sebegini disifatkan beliau mampu menarik masyarakat berbilang kaum kerana seni mampu menghubungkan manusia.
"Carnatic ini merupakan muzik klasik dari selatan India dengan teknik yang rumit termasuk tradisi tersendiri.
"Bahasa yang digunakan dalam muzik carnatic ini bukan saja Tamil, ada Telegu dan sebagainya. Sebenarnya bukan bahasa yang penting dalam muzik tetapi iramanya.
"Kita ada banyak lagu yang sudah digabungkan atau fusion. Kita tidak begitu beri perhatian pada lirik bahkan ada yang tiada lirik, muzik sahaja," jelas beliau lagi.
Aida Aziz
Fri Jun 16 2023
Mohd Azlan Helmi (kanan) dan Sujietra Jayaseelan, pada sidang media mengenai Festival Muzik Carnatic Antarabangsa Malaysia yang akan dianjurkan di Ipoh tahun ini. - Foto Astro AWANI
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.
Mangsa banjir di Perak dan Pahang meningkat, Melaka dan Kedah berkurang
3,950 orang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat 4 petang ini.
Perak Tengah daerah terbaharu dilanda banjir di Perak
Seramai 33 penduduk dari perkampungan itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang.
Mangsa banjir di Kedah menurun, masih ramai di PPS kerana banjir termenung
Jumlah mangsa banjir di Kedah menunjukkan sedikit penurunan kepada 6,593 orang membabitkan 2,116 keluarga setakat jam 12 tengah hari Selasa berbanding 6,804 mangsa jam 11 pagi tadi.
Bekas Exco Perak, Azman Mahalan meninggal dunia
Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Azman Mahalan meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Rapat Setia di sini pada Ahad.
Perak nafi lulus RM30 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina - Saarani
Kerajaan negeri Perak menafikan dakwaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina di negeri ini.
Seorang maut, 4 cedera nahas babit 4 kenderaan di lebuh raya
Seorang wanita maut, seorang parah manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini pagi tadi.