Kerajaan negeri Perak menubuhkan satu pasukan Jawatankuasa Khas Menangani Rabies Perak untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan agar penyakit itu tidak merebak ke kawasan lain.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata jawatankuasa itu dipengerusikan Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Datuk Dr Mah Hang Soon selain mempunyai lima anggota termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang Chua Yee Ling daripada DAP.
"Walaupun berbeza parti, tetapi dalam soal rakyat, beliau (Chua) menjalankan tanggungjawab berinteraksi dan mendapatkan maklum balas (dengan komuniti) serta membantu memastikan wabak rabies di kawasan berkenaan dapat diatasi,” katanya.
Zambry bercakap kepada pemberita selepas program perjumpaan dengan masyarakat India di Sungkai sempena Program Permukiman Menteri Besar Perak di daerah Muallim yang bermula hari ini sehingga Sabtu.
Menurut Zambry, jawatankuasa khas itu akan mengadakan mesyuarat pertamanya esok.
Dalam pada itu, Zambry menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan situasi jangkitan virus rabies di Perak dan pewartaan mukim Matang dalam daerah Larut, Matang dan Selama sebagai kawasan penyakit anjing gila merupakan langkah proktif kerajaan negeri untuk melakukan pengawalan tanpa sebarang sekatan.
Berkuat kuasa semalam, mukim Matang diwartakan sebagai kawasan penyakit anjing gila mengikut Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila dengan kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 39(1) Akta Binatang 1953 (Akta 647).
Ia berikutan seekor anjing mati pada 12 Julai lalu, sembilan hari selepas menggigit dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang.
Mengenai program permukiman yang berlangsung selama lima hari, Zambry berkata sebanyak 130 program telah diatur bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi penduduk setempat selain mendapatkan maklum balas mengenai pembangunan di sekitar Muallim.
Zambry berkata kerajaan negeri tidak memandang ringan tuduhan pembangkang terhadap pelaksanaan program permukiman yang dianggap sebagai bermusim.
"Permukiman ini telah masuk siri ketiga, kita akan teruskan dengan kerja kita, saya percaya rakyat tidak mudah diperdaya, mereka boleh lihat dan nilai sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017
Zambry berkata kerajaan negeri tidak memandang ringan tuduhan pembangkang terhadap pelaksanaan program permukiman yang dianggap sebagai bermusim. - Gambar fail
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Jawatankuasa APCERT bagi penggal 2023-2025
Anugerah APCERT 2023 merupakan pengiktirafan terhadap usaha, kesungguhan dan komitmen negara, dalam menangani ancaman siber di rantau Asia Pasifik.
NRECC tubuh jawatankuasa kaji isu jerebu rentas sempadan
NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).
Jawatankuasa ditubuh untuk putuskan isu pentadbiran Pelabuhan Bintulu - Fadillah
Kerajaan pusat telah menerima surat daripada Sarawak berhubung permintaan negeri itu untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu.
KPM perincikan syor Jawatankuasa Antigangguan Seksual dan Buli
Fadhlina yakin saranan dan cadangan yang dikemukakan jawatankuasa berkenaan mampu meningkatkan keselamatan ekosistem sekolah.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Perolehan aset bernilai tinggi: Kementerian Pertahanan rancang tubuh jawatankuasa pelaburan pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata langkah itu seperti yang disyorkan di bawah Kertas Putih Pertahanan.
Pakatan Harapan tubuh sembilan jawatankuasa baharu
Maszlee Malik dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan manakala Jawatankuasa Kesihatan diketuai Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
FAM akan teliti prestasi pengadil - Sivasundaram
Beliau bagaimanapun perlu membentuk jawatankuasanya dahulu yang dijangka dapat dilakukan dalam tempoh beberapa hari lagi.
Sistem pilihan raya Hong Kong diperbaiki dengan arahan Beijing
Perubahan ini termasuk memperkenalkan semula jawatankuasa untuk menilai calon Majlis Perundangan Hong Kong dan memilih pemimpin Hong Kong.