awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak tumpu vaksin 10,000 pelajar sekolah agama

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
28/09/2021
08:57 MYT
Perak tumpu vaksin 10,000 pelajar sekolah agama
Kerajaan Perak kini memberi tumpuan supaya 10,000 pelajar daripada sekolah pengajian agama, tahfiz dan pondok untuk segera divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja. - Gambar fail BERNAMA
IPOH: Kerajaan Perak kini memberi tumpuan supaya 10,000 pelajar daripada sekolah pengajian agama, tahfiz dan pondok untuk segera divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.
Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Mohd Akmal Kamarudin menggesa kesemua 39 buah sekolah tahfiz yang tidak berdaftar segera menghubungi Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk program vaksinasi para pelajar masing-masing.
Gesaan sama turut ditujukan kepada 90 buah sekolah tahfiz dan pondok berdaftar serta 50 buah yang sedang membuat permohonan pendaftaran dengan Bahagian Pendidikan JAIPk.
“Semua institusi sekolah agama sama ada yang berdaftar ataupun tidak berdaftar supaya memberi kerjasama dengan JAIPk untuk urusan vaksinasi para pelajar.
“Ini kerana institusi berkenaan di bawah seliaan JAIPk yang mana JAIPk bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak untuk proses vaksinasi itu,” katanya.
Mohd Akmal berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau PICK Remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Izzudin Shah di sini, pada Selasa.
Vaksinasi Remaja | Perak akan pastikan 10 ribu pelajar agama divaksin
Sementara itu, Mohd Akmal memberitahu, baru-baru ini pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan JAIPk bagi memastikan institusi sekolah agama yang tidak berdaftar turut dapat menyertai PICK Remaja.
“Kita sudah bermesyuarat dengan JAIPk untuk mencari jalan penyelesaian supaya pelajar dari sekolah agama yang tidak berdaftar juga diberi layanan vaksinasi sama dengan sekolah lain yang berdaftar,” jelas beliau.
Selain itu, kerajaan negeri juga menggesa agar ibu bapa pelajar di semua sekolah turut dapat mendaftarkan anak mereka untuk segera divaksin menerusi Portal Vaksin-Anak-Ku ataupun aplikasi MySejahtera.
“Sehingga 26 September, seramai 64,681 atau 27.3 peratus remaja telah menerima suntikan vaksin COVID-19 masing-masing.
“Untuk makluman, populasi remaja bagi golongan berumur antara 12 hingga 17 tahun di Perak sebanyak 237,200 orang. Angka itu bersamaan 9.5 peratus daripada keseluruhan 2.5 juta penduduk di negeri ini,” jelas beliau.
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#pelajar sekolah agama
#Perak
#PICK Remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan