awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak wujudkan lebih banyak kawasan perindustrian, peluang pekerjaan selepas COVID-19

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/05/2023
23:15 MYT
Perak wujudkan lebih banyak kawasan perindustrian, peluang pekerjaan selepas COVID-19
Saarani menerima geran untuk 555 Kawasan Rukun Tetangga di Perak, berjumlah RM3.33 juta, daripada Norison. - Foto Astro AWANI
IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan membangunkan lebih banyak kawasan perindustrian baharu untuk menarik lebih ramai pelabur membuka perusahaan mereka di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia sekali gus bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.
Menurutnya, antara kawasan perindustrian itu ialah di Tanjung Malim, Simpang Pulai, Chemor, Kanthan, Bagai Serai, Parit Buntar dan Manjung.
Katanya, pandemik COVID-19 telah menyebabkan sekurang-kurangnya 80,000 rakyat Perak kehilangan pekerjaan dan pendapatan.
“Sebagai Menteri Besar, saya bertanggungjawab untuk memakmurkan negeri ini kerana dengan itu sahaja saya dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat, lebih-lebih lagi selepas dua tahun kita menderita akibat COVID-19.
“Semasa saya menjadi Menteri Besar pada 10 Disember 2020, didapati sekurang-kurangnya 80,000 orang telah kehilangan pekerjaan dan kehilangan pendapatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis ramah mesra bersama warga Kementerian Perpaduan Negara dan jentera perpaduan negeri Perak di Laman Seri Ridzuan di sini, malam tadi.
Turut hadir Exco Perak, A. Sivanesan dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Datuk Norison Ramli.
Menurut Saarani, selepas COVID-19, kehidupan mereka yang hilang pendapatan sangat menyedihkan, misalnya jika dahulu mereka merupakan usahawan berjaya, tetapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perniagaan mereka jatuh bankrap.
Selain itu, katanya, ramai peniaga kecil tidak boleh berniaga sehingga menyebabkan puluhan ribu ketua keluarga di negeri Perak jatuh miskin.
“Kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memulihkan balik ekonomi.
"Saya kena bekerja keras untuk memastikan mereka yang dahulunya kehilangan pekerjaan apabila kilang ditutup, gedung-gedung perniagaan ditutup, saya kena beri semula peluang pekerjaan kepada mereka,” ujarnya.
Bagaimanapun, kata Saarani, penyediaan ribuan hektar kawasan industri juga masih belum mencukupi, tanpa sebarang usaha bersungguh-sungguh untuk menarik lebih ramai pelabur.
“Saya perlukan pelaburan yang besar. Saya jemput orang Jepun, Korea, Thailand, China dan Eropah untuk datang melabur di negeri ini,” tambahnya.
Bagaimanapun, kata beliau, semua pelabur mahukan jaminan sebuah negeri yang aman dan stabil sebelum memutuskan untuk membuat pelaburan.
Dalam hubungan ini, katanya, adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Perak untuk memastikan keamanan, kesejahteraan dan perpaduan terus terpelihara.
Pada majlis malam tadi, Saarani menerima geran untuk 555 Kawasan Rukun Tetangga di Perak, berjumlah RM3.33 juta, yang disampaikan Norison.
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#peluang pekerjaan
#kawasan perindustrian baharu
#ekonomi Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan