Pertubuhan amal swasta dan penderma peralatan dan kelengkapan yang digunakan oleh golongan orang kurang upaya (OKU) boleh menarik nafas lega dengan pelepasan yang diberikan kerajaan terhadap barangan berkenaan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Walau bagaimanapun, untuk layak mendapat pelepasan itu, mereka perlu mengemukakan suatu perakuan yang ditandatangani oleh ketua organisasi berkaitan, dan yang mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy.
Beliau memberi jaminan bahawa pelaksanaan GST pada 1 April 2015 tidak memberi kesan terhadap masyarakat orang kurang upaya.
"Adalah penting bahawa mereka diberitahu mengenai item dan barangan yang mereka biasa gunakan telah diberikan pelepasan GST," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014, yang disiarkan dalam warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 13 Okt 2014, item barangan yang diberikan pengecualian cukai adalah:
anggota tiruan, kerusi roda, tempat tidur elektrik atau penyesuian mekanikal yang direka untuk yang kurang upaya daripada segi fizikal, braille, teks telefon untuk orang cacat pertuturan, cawan khas dan tongkat putih untuk cacat penglihatan, kasut khusus, dan alat bantuan pendengaran dan penglihatan.
Perintah itu menetapkan bahawa barang yang layak mendapat pelepasan cukai mestilah "yang direka khas, disesuaikan atau dibuat" untuk kegunaan eksklusif orang kurang upaya, dan mereka harus "yang diberikan secara percuma atau dijual pada nilai nominal" untuk ahli-ahli badan amal swasta berkenaan.
PENDERMA MEMPEROLEH MANFAAT
Subromaniam menasihatkan masyarakat orang kurang upaya untuk mendapatkan apa sahaja peralatan atau kelengkapan yang mereka perlukan daripada persatuan masing-masing.
Beliau berkata mereka perlu membayar GST jika mereka memilih untuk membeli peralatan dan alat bantuan berkenaan secara individu dari kedai-kedai atau pembekal.
Penterjemah bahasa isyarat Azlina Mohamed Isa menyambut baik pelepasan cukai yang diberikan bagi alatan dan kelengkapan yang digunakan oleh masyarakat orang kurang upaya, dan menegaskan bahawa penderma barangan berkenaan akan mendapat manfaat.
"Kebanyakan orang kurang upaya tidak membeli alatan dan kelengkapan berkenaan kerana barangan seumpamanya disumbangkan oleh pertubuhan-pertubuhan amal pelbagai, agensi kerajaan, yayasan dan bahkan oleh parti politik seperti Umno," katanya.
Beliau berkata agensi-agensi dan organisasi yang memberi sumbangan akan berasa lega bahawa mereka tidak perlu membayar lebih untuk barangan berkenaan yang lazimnya, mereka beri atau sumbang kepada orang kurang upaya.
Dalam pada itu, Subromaniam menggesa organisasi yang memberikan bantuan dan sumbangan kepada masyarakat orang kurang upaya untuk berhubung dengan jabatannya bagi mendapatkan taklimat terperinci mengenai GST.
Beliau berkata adalah penting bagi mereka untuk membiasakan dengan sistem cukai kepenggunaan GST bagi mengelakkan ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab di kemudian hari.
MAKLUMAT GST
Ramai anggota masyarakat orang kurang upaya, terutamanya yang cacat pendengaran dan pertuturan, membuat aduan bahawa maklumat mengenai GST yang berkaitan dengan mereka sangat sedikit.
Bagi menangani hal ini, Subromaniam mencadangkan organisasi yang terlibat menghantar wakil-wakil mereka ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia secepat mungkin untuk mendapatkan lebih banyak butiran maklumat mengenai GST.
"Kami berasa sukacita dan bersedia memberikan latihan kepada mereka supaya mereka dapat balik ke tempat masing-masing dan menyampaikan maklumat tersebut kepada ahli-ahli mereka," katanya.
"Tidak mungkin bagi kita untuk mendekati dan menemui setiap organisasi secara peribadi. Jadi, kami mencadangkan bahawa mereka datang kepada kami dan kami akan berikan penerangan dengan sewajarnya. Ini lebih baik daripada mereka mendapatkan maklumat mengenai GST daripada pihak ketiga yang mungkin memanipulasi mereka."
Pegawai Eksekutif Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) Muhammad Fairuz Abdullah berkata persatuan itu berharap untuk menghadiri lebih banyak taklimat mengenai GST.
"Anggota kami umumnya tahu mengenai cukai kepenggunaan ini tetapi kita harus memudahkan penjelasan kepada mereka berdasarkan tahap pemahaman mereka," kata Muhammad Fairuz, yang telah berkhidmat dengan MAB selama 37 tahun.
Bernama
Thu Nov 13 2014
Untuk layak mendapat pelepasan itu, mereka perlu mengemukakan suatu perakuan yang ditandatangani oleh ketua organisasi berkaitan - Subromaniam Tholasy
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Pelaksanaan semula GST perlu secara bersasar - Bekas Ketua Pengarah Kastam
GST seharusnya diasingkan masing-masing kepada cukai barang dengan kadar lima peratus dan cukai perkhidmatan tujuh peratus.
LHDN akan semak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyemak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020.
RM24.7 bilion tunggakan GST, cukai pendapatan dilunaskan
Lim Guan Eng berkata bayaran itu dibuat daripada dividen khas yang diterima daripada Petronas seperti diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2019.
Mungkin... saya silap - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan kekesalannya apabila tidak membuat kenyataan akhbar khusus sebaik GST dilaksanakan pada 2015 akan menyebabkan harga semua kereta turun.
Tiada kehilangan wang bayaran balik kutipan GST - Irwan Siregar
Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah hari ini menafikan dakwaan berlakunya kehilangan wang kira-kira RM18 bilion untuk tuntutan balik GST.
Syarikat berdaftar GST akan dipindahkan kepada SST mulai Rabu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia dijangka memindahkan syarikat yang berdaftar di bawah rejim GST kepada SST mulai esok.
RUU mansuh GST, laksana SST dibentang hari ini
Kedua-dua RUU tersebut tersebut dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Md Farid Md Rafik bersekali dengan tiga lagi RUU yang lain.
GST kadar sifar akan hasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh - RAM Rating
RAM Rating menjangka sektor runcit menjadi antara penerima manfaat utama.
Merungkai kekeliruan GST
Penjelasan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Mohd Yusof Saari, dalam merungkai kekeliruan yang dihadapi oleh rakyat mengenai GST dan SST.
Ketidakjelasan arahan baharu mengenai GST sifar
Ketika perniagaan runcit menikmati tempoh tanpa cukai itu, ada pihak mendakwa tidak mendapat arahan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil seterusnya.