awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralatan menyembelih laris di musim perayaan Aidiladha

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
29/06/2023
00:30 MYT
Peralatan menyembelih laris di musim perayaan Aidiladha
Nasir mengusahakan peralatan itu di Kampung Gelugur Kedai, Kuala Terengganu. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Selain haiwan ternakan, kelengkapan peralatan menyembelih juga turut menjadi buruan dan laris di musim perayaan Aidiladha.
Menurut peniaga Nasir Mohamad, 60, permintaan golok, parang dan pisau yang diusahakannya itu meningkat berlipat kali ganda berbanding hari biasa.
Katanya peralatan berkenaan juga membantu memudahkan proses memotong dan melapah daging bagi mereka yang menjalankan ibadah korban.
Jelasnya lagi dengan penggunaan media sosial, rangkaian pasaran produknya telah berkembang ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
"Perkembangan jauh, masa sekarang jauh. Kalau dahulu cara manual, jadi orang kampung mari tempah, tak ada orang luar. Jadi sekarang ini sudah ada media sosial, benda ini orang boleh tahu seluruh Malaysia, sampai ke Sabah dan Sarawak.
"Kalau harap di Terengganu sahaja pun orang kata sudah penuh, orang kata setiap rumah pun ada semua dah," katanya.
Nasir yang mengusahakan peralatan itu di Kampung Gelugur Kedai, Kuala Terengganu berkata purata tiga atau empat bilah parang akan dihasilkan setiap hari bagi memenuhi pemintaan pelanggan sepanjang tempoh Hari Raya Aidiladha.
Katanya harga yang ditawarkan juga berpatutan mengikut jenis barangan iaitu daripada harga serendah RM80 hingga RM140 sebilah.
Menurut Nasir ketika ini, kemahiran membuat alatan itu turut dikuasai oleh anak ketiganya Muhammad Al-Hafiz, 24.
Nasir berharap seni pembuatan golok, parang serta pisau yang diusahakan sejak turun temurun itu dapat terus diwariskan kepada generasi muda pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#peralatan menyembelih
#laris
#Ibadah Korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan