awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan Monsun Timur Laut, JBPM Johor tumpu 745 'hotspot' banjir

Bernama
Bernama
11/09/2025
09:45 MYT
Peralihan Monsun Timur Laut, JBPM Johor tumpu 745 'hotspot' banjir
JBPM Johor telah mengagihkan 15 bot kepada pasukan Bomba Komuniti untuk ditempatkan di kawasan berisiko tinggi. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor siap siaga menghadapi peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula Oktober ini, dengan memberi tumpuan kepada 745 lokasi hotspot banjir di seluruh negeri.
Pengarahnya Siti Rohani Nadir berkata bagi memperkukuh kesiapsiagaan pihaknya telah mengagihkan 15 bot kepada pasukan Bomba Komuniti untuk ditempatkan di kawasan berisiko tinggi.
"Selain itu, antara aset baharu diterima JBPM Johor adalah dua kenderaan utiliti, sebuah jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan sebuah smoke tent. Semua aset ini akan membantu mempercepatkan respons operasi semasa bencana," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JBPM Johor di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, di sini hari ini.
Daripada 745 hotspot tersebut, Batu Pahat merekodkan jumlah tertinggi iaitu 186 kawasan diikuti Segamat (103), Muar (87), Kluang (78), Tangkak (59), Pontian (58), Kota Tinggi (56), Johor Bahru (44), Mersing (38) dan Kulai (36).
"Sekarang ini pun kita perhatikan di Johor sudah berlaku hujan lebat di sana-sini dan turut berlaku banjir walaupun kecil. Justeru, Oktober adalah bulan kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi bencana ini," katanya.
Sementara itu, mengenai gempa bumi di Segamat beliau berkata JBPM sentiasa bersiap siaga menghadapi kemungkinan kejadian gempa bumi di negeri ini.
Siti Rohani berkata walaupun tanggungjawab memantau insiden gempa bumi terletak di bawah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), bomba turut memain peranan sebagai pasukan penyelamat sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
"Kita sudah bersiap sedia, termasuk pasukan elit Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) sekiranya berlaku kejadian gempa bumi. Pasukan ini telah bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa," katanya.
Beliau berkata JBPM Johor turut mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) baharu berkaitan kejadian gempa bumi, bagaimanapun tugasan dan skop penyelamatan masih sama meliputi penyelamatan di darat, air, runtuhan bangunan dan sebagainya.
Pada bulan lepas beberapa siri gempa bumi lemah berlaku di Segamat dan Batu Pahat bermula 24 Ogos dengan magnitud 4.1, disusuli tujuh gegaran susulan antara 27 Ogos hingga 3 September dengan magnitud antara 2.5 hingga 3.4.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#JBPM
#monsun timur laut
#Johor
#hotspot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan