awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranan media penting, bawa perubahan dan kesedaran masyarakat - Hadi

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2023
14:27 MYT
Peranan media penting, bawa perubahan dan kesedaran masyarakat - Hadi
Islam meletakkan garis panduan supaya masyarakat mengerjakan kebaikan melalui penyampaian maklumat yang tepat dan positif, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peranan media dalam Islam dianggap sangat penting termasuk menerusi penulisan bagi melahirkan kebaikan dan kesedaran dalam kalangan rakyat.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Islam turut meletakkan garis panduan supaya masyarakat mengerjakan kebaikan melalui penyampaian maklumat yang tepat dan positif.
"(Wartawan) memaklumkan apa yang diucapkan oleh pemimpin kpeada rakyat... menyampaikan maklumat supaya rakyat tahu dan mencetuskan pengetahuan rakyat. Oleh sebab itu, bukan sahaja pemimpin yang dipenjara. Ibarat kalau zaman (pemerintahan) Soekarno di Indonesia dulu, wartawan juga dipenjara," katanya.
Beliau berucap pada program Dialog Ulama: Negarawan bertajuk Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini di sebuah hotel di ibu negara, pada Selasa malam.
Berucap lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, al Quran telah meletakkan batas sempadan antara dosa dan pahala, bukan sahaja melibatkan makan dan minum, tetapi melibatkan percakapan dan penulisan.
Mengambil contoh kisah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, beliau berkata, penyampaian maklumat yang salah telah mengundang kepada tindakan yang salah.
"Zaman kita, zaman internet... pagi-lagi dengan jari sahaja sebar maklumat ke pelosok dunia. Maklumat bohong, fitnah, maklumat merosakan orang ramai.. itu dosa yang sangat besar. Ada batas dalam Islam," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Peranan media dalam Islam
#PAS
#Dialog Ulama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan