KUALA LUMPUR: Peranan dan sumbangan warga pentadbiran tanah amat penting sebagai pemudah cara bagi urusan berkaitan serta turut membantu dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan mencapai kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perkara ini dapat dilihat menerusi pelaksanaan infrastruktur berimpak tinggi, seperti projek East Coast Rail Link (ECRL), Lebuhraya Pan Borneo serta tapak kemudahan awam, seperti sekolah dan hospital yang melibatkan urusan pengambilan tanah.
"Dalam aspek peningkatan kecekapan Pejabat Tanah di Semenanjung Malaysia, saya berbangga dengan pencapaian 90.08 peratus urusan perserahan pindah milik tanah, berjaya didaftarkan dalam tempoh satu hari pada tahun 2022," katanya dalam kenyataan sempena Hari Tanah Negara 2023 di sini hari ini.
Nik Nazmi dalam masa sama mengharapkan, menerusi peluasan projek e-Tanah di negeri, ia akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan urusan lain berkaitan tanah.
"Dalam jangka panjang, saya percaya peningkatan kecekapan ini juga, akan menyumbang kepada peningkatan di peringkat negeri khususnya.
"Sumbangan warga pentadbiran tanah ini membentuk momentum perubahan yang dirasai oleh rakyat Malaysia, sesuai dengan tema sambutan Hari Tanah Negara 2023 iaitu 'Pentadbiran Tanah Pemacu Kemakmuran Malaysia MADANI'," katanya.
Sambutan Hari Tanah Negara yang disambut pada 27 Julai setiap tahun, bertujuan untuk menghargai sumbangan warga pentadbiran tanah di seluruh Malaysia dalam memastikan pentadbiran tanah sentiasa relevan serta selari dengan arus perdana pembangunan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Nik Nazmi mengharapkan, menerusi peluasan projek e-Tanah di negeri, ia akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan urusan lain berkaitan tanah. - Gambar fail/BERNAMA
PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.
Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.
AWANI Tonight: Microsoft to invest RM10.5 bil in cloud, AI services
Microsoft has pledged RM10.5 billion investment in artificial intelligence (AI) and cloud computing to help develop Malaysia’s AI infrastructure.
AWANI Tonight: UCLA pro-Palestine students in standoff with police
Hundreds of police officers made their way to the UCLA campus, warning pro-Palestinian demonstrators that they would be arrested for unlawful assembly if they did not leave.
AWANI Tonight: Building smart homes, innovating customer experiences
Around 500 to 700 million LG products are in use worldwide, many of which contain AI sensors to learn and analyse users' lifestyles. Astro AWANI correspondent Faye Kwan reports on how the firm makes use of its access to this wealth of data.
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Hentikan boikot KK Mart - Mufti Perak
Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh menasihatkan umat Islam agar menghentikan tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu cawangan kedai serbaneka itu.
[INFOGRAFIK] Indeks Kebebasan Media Dunia 2024
[INFOGRAFIK] Indeks Kebebasan Media Dunia 2024
Petugas haji termasuk 14 wakil media selamat tiba di Madinah
Seramai 150 petugas haji termasuk 14 wakil media bagi musim haji 1445 Hijrah/2024M selamat tiba di Madinah sekitar pukul 2.45 pagi waktu tempatan (7.45 pagi waktu Malaysia).
12 individu ditahan terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs, kerugian lebih RM11 juta
Dua belas individu ditahan kerana disyaki terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs di tujuh negeri melibatkan kerugian melebihi RM11 juta.
Peranan pentadbiran tanah penting sebagai pemudah cara - Nik Nazmi
Peranan dan sumbangan warga pentadbiran tanah amat penting sebagai pemudah cara bagi urusan berkaitan serta turut membantu dalam memacu pertumbuhan ekonomi.
Sistem e-Tanah diguna pakai seluruh negara pada 2024 - PM Muhyiddin
Sistem itu akan diperluaskan ke beberapa negeri lain selepas pelaksanaannya menunjukkan kejayaan di Kuala Lumpur dan Perak.
Mendepani cabaran pasca COVID-19 dalam pentadbiran tanah
Sebagai usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah yang lebih efisien, aspek amalan dan prosedur yang termaktub dalam perundangan serta kaedah tanah negara wajar ditransformasi.