KUALA LUMPUR: Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa, kata Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman ACP Foo Wei Min.
Foo berkata setakat ini kadar pelaporan daripada kumpulan itu berkaitan kegiatan terbabit masih rendah.
"Sebagai institusi pelapor, mereka ada tanggungjawab untuk membuat laporan transaksi mencurigakan (STR) dan laporan transaksi kewangan (CTR) kepada pihak atasan bank apabila didatangi oleh pelanggan yang ingin membeli produk tanpa diketahui sumber kewangannya.
"Apabila laporan diterima oleh Bank Negara Malaysia (BNM), mereka akan salurkan kepada pihak berkuasa dan kita boleh periksa (kes itu)," katanya yang ditemui Bernama di Annual Signature Financial Planning Symposium 2024 di sini pada Rabu.
Menurut Foo pihak pematuhan dan penyeliaan bank juga berperanan sebagai badan penasihat kepada pihak bank untuk mencadangkan langkah lebih ketat terhadap produk yang dilancarkan oleh bank bagi memastikan ia dapat membendung kegiatan keldai akaun.
"... tetapi ada pihak (yang sedar akan kegiatan keldai akaun) tidak buat (laporkan kepada pihak bank), malah tidak menjalankan tugas untuk beri nasihat kepada bank," katanya.
Pada Mac lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mengesan transaksi pemindahan wang sebanyak RM3.8 bilion ke 43 negara melalui 15 syarikat perdagangan berdaftar di Malaysia, yang disyaki hasil kegiatan penipuan bermula 2021 hingga 2023.
Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya mengesan kewujudan trend pendaftaran syarikat dan pembukaan akaun bank atas nama syarikat yang disyaki bertujuan dijadikan akaun keldai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Foo berkata setakat ini kadar pelaporan daripada kumpulan itu berkaitan kegiatan terbabit masih rendah. - Foto fail/BERNAMA
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.