awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis kekal pendirian sokong 'status quo' Taiwan - Macron

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2023
23:30 MYT
Perancis kekal pendirian sokong 'status quo' Taiwan - Macron
Macron juga memaklumkan kapal tentera Perancis berada di Selat Taiwan beberapa hari lalu, di sebalik latihan ketenteraan China di kawasan pulau berkenaan. - Foto fail/AP
PARIS: Perancis mempertahankan pendirian menyokong status quo Taiwan.
Presidennya, Emmanuel Macron ulangi pendirian itu, selepas komennya sebelum ini mendapat kecaman Amerika Syarikat (AS) dan blok Eropah.
Macron dalam temuramah dengan media tempatan sebelum ini mendakwa bimbang terlibat dengan krisis Taiwan susulan sikap AS yang dikatakan keterlaluan.
Kenyataan ini dianggap menyebelahi Beijing.
"Pendirian Perancis dan blok Eropah mengenai Taiwan adalah kekal. Kami menyokong status quo negara itu dan polisi ini tidak pernah berubah. Ini melibatkan polisi 'One China' dan usaha untuk mencari penyelesaian aman bagi isu tersebut.
"Saya akan nyatakan perkara ini jika bertemu Presiden secara peribadi. Pendirian ini kami ulangi beberapa kali, ia tidak akan berubah," katanya.
Macron juga memaklumkan kapal tentera Perancis berada di Selat Taiwan beberapa hari lalu, di sebalik latihan ketenteraan China di kawasan pulau berkenaan.
Ia memberi bayangan berhubung komitmen Perancis untuk menggalakkan rundingan berkaitan konflik Taiwan-China.
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#status quo
#Taiwan
#One China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan