Kecoh jadinya apabila sebuah akaun Twitter milik pelajar Universiti Malaya (UM) memperlekehkan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dalam statusnya.

Pelajar berkenaan meletakkan status dengan nada yang agak sinis dengan membayangkan seolah-olah pelajar UM lebih berkredibiliti berbanding UNIMAP.

UM

Status berkenaan mendapat perhatian dan kecaman hebat warga media sosial yang menyifatkan seorang yang berpendidikan tidak akan memuat naik status sebegitu.

Ia juga dikritik oleh pelajar UM sendiri yang menganggap perkara tersebut tidak mewakili keseluruhan pendapat pelajar antara universiti tertua di Malaysia itu.








Situasi ini juga mendapat perhatian Naib Canselor UNIMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Husin yang memuji cara pelajar UNIMAP memberi reaksi dalam ketegangan itu.

UNIMAP

Kata beliau, biarpun baru berusia 13 tahun, namun UNIMAP berjaya mendidik graduan yang punya sahsiah dan budi pekerti yang tinggi.

“Kita diajar respect dan tidak memperlekehkan pelajar universiti lain,” katanya dalam satu status di Facebook.