JOHOR BAHRU: Dua anggota polis bantuan di sebuah pusat beli-belah di sini ditahan semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes memeras ugut sepasang kekasih yang didakwa berkhalwat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kedua-dua suspek, masing-masing berusia 25 dan 32 tahun, ditahan pada 9 malam susulan laporan yang dibuat oleh mangsa, 25.
Beliau berkata dalam insiden pada Jumaat lepas, pasangan kekasih itu, yang dipercayai berkhalwat di belakang bangunan pusat beli-belah tersebut dalam sebuah kereta pada 10 malam, telah didatangi kedua-dua suspek yang meminta RM500 sebagai ganjaran agar mereka tidak dikenakan tindakan undang-undang.
"Memandangkan pengadu tidak mempunyai wang tunai mencukupi, kedua-dua individu telah memintanya menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) beserta nombor pin untuk mengeluarkan sendiri wang tersebut di mesin ATM.
"Setelah itu pengadu dilepaskan namun pengadu telah menerima pesanan ringkas melalui telefon bimbit daripada pihak bank bahawa ada pengeluaran wang sebanyak RM1,000 dari akaunnya," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Raub berkata susulan penahanan kedua-dua suspek, pihaknya turut merampas wang tunai sebanyak RM1,000.
Beliau berkata mereka ditahan reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-218 2323 atau Pegawai Penyiasat Kanan S.Sivakumaran di talian 019-512 7410.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022

Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

Fatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor - Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim bertitah, fatwa berkenaan tidak menjejaskan sama sekali konsep Bangsa Johor yang mengamalkan toleransi, persefahaman dan perpaduan.

AS-China | Beijing siasat isu belon pengintip di dakwa AS
China sedang menyiasat insiden berkenaan belon pengintip yang dikesan di ruang udara Amerika Syarikat pada Khamis. Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Mao Ning berharap kedua-dua negara terbabit dapat merungkai isu ini dengan tenang.

Reformasi Polis | Biden dan Harris bertemu wakil kongres
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris bertemu ahli kaukus berkulit hitam di White House. Pertemuan tersebut bagi membincangkan reformasi perundangan berkaitan polis, yang kembali menjadi tumpuan selepas keganasan polis yang menyebabkan kematian Tyre Nichols bulan lalu.

Penyanyi Rap Hilang | Polis Michigan temui mayat di pangsapuri usang
Penemuan beberapa mayat di sebuah pangsapuri terbiar di Highland Park, Detroit dipercayai ada kaitan dengan kehilangan tiga penyanyi rap sejak dua minggu lalu. Bagaimanapun polis michigan belum mengesahkan identiti mayat berkenaan.

Penjualan mercun, bunga api akan dibenarkan - Nga Kor Ming
Aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarkan.

Politik | Bekas Menteri Undang-Undang bersalah palsu rekod akademik anak
Bekas Menteri Undang-Undang Korea Selatan, Cho Kuk, dijatuhi hukuman penjara dua tahun, atas kesalahan memalsukan sijil bagi membolehkan anaknya diterima masuk sekolah berprestij. ia merupakan perkembangan terbaru, siri tangkapan dan pendakwaan ke atas pegawai tertinggi kerajaan pimpinan bekas Presiden, Moon Jae In.

Mahkamah | Najib tak pernah rahsiakan akaunnya akan terima dana besar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Datuk Seri Najib razak tidak pernah berselindung mengenai pembukaan akaun peribadinya di Ambank yang menerima dana dalam jumlah besar.

Menu Rahmah | Perniagaan semakin dapat sambutan, 100 set terjual sehari
Seorang peniaga kedai makan, Noor Salina menyifatkan keputusannya untuk turut menawarkan Menu Rahmah kepada pelanggan sebagai untuk berkongsi rezeki. Dia malah memberitahu perniagannya semakin mendapat sambutan dengan 100 set Menu Rahmah terjual setiap hari.

Kos Umrah Mahal | Memang wujud kartel monopoli tiket penerbangan - Umrah
Isu kartel serta monopoli tiket penerbangan membabitkan pakej umrah dan haji oleh beberapa syarikat gergasi sememangnya wujud dan menjadi punca kenaikkan harga pakej ibadah berkenaan di negara ini. Perkara tersebut didedahkan oleh Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham ketika ditemu bual oleh Astro AWANI pada jumaat

Cuaca diramal hujan semasa sambutan Thaipusam Ahad ini - MetMalaysia
Cuaca di seluruh negara diramalkan hujan dengan satu dua tempat mengalami ribut petir, semasa sambutan Thaipusam pada Ahad ini.

Bekas Pengerusi MyWatch dibebas daripada pertuduhan peras ugut
Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk Seri R. Sri Sanjeevan.

Dakwaan peras ugut pesalah trafik Singapura, anggota boleh ditamat perkhidmatan jika bersalah
Anggota polis trafik terbabit kini turut ditukarkan kepada penugasan yang tidak berurusan dengan orang ramai secara serta-merta.

Sindiket peras ugut video bogel tumpas, polis tahan 14 individu
Kesemua yang ditahan merupakan pemilik akaun yang digunakan sindiket terbabit memeras ugut mangsa.

Skandal peras ugut: Paul Pogba diberi perlindungan polis Turin
Paul Pogba kini berada di bawah perlindungan polis di Turin.

Polis tahan dua lelaki terlibat sindiket Ah Long Siber
Kedua-dua suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Kota Setar pada jam 6.30 petang Ahad.

Pekerja buruh ditahan peras ugut tauke kedai runcit
Suspek berusia 41 tahun itu datang ke kedai dan meminta seorang lelaki berusia 64 tahun membayar wang perlindungan RM100.

Peras ugut pasangan kekasih didakwa berkhalwat, dua polis bantuan ditahan
Dua anggota polis bantuan di sebuah pusat beli-belah di sini ditahan semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes memeras ugut sepasang kekasih yang didakwa berkhalwat.

Sembilan anggota polis ditahan peras ugut ahli perniagaan
Sembilan anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan seorang ahli perniagaan, dipercayai berkaitan dadah di Gombak baru-baru ini.

Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger dicabar
1 Jun depan ditetapkan bagi keputusan semakan kehakiman melibatkan keputusan melepas tanpa membebaskan Long Tiger daripada pertuduhan peras ugut, dua tahun lalu.

Long Tiger dilepas tanpa dibebas bagi kes peras ugut
Mahkamah Majistret Tangkak pada Selasa memberikan perintah pelepasan bukan pembebasan terhadap Abdul Hamim Ab Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger.