awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perayau Chandarayaan-3 India selesai tugasan, ditetapkan ke dalam mod tidur

Bernama
Bernama
03/09/2023
11:15 MYT
Perayau Chandarayaan-3 India selesai tugasan, ditetapkan ke dalam mod tidur
Chandrayaan-3 India telah menyelesaikan tugasan semasanya di bulan dan ditetapkan dalam mod tidur sehingga 22 Sept. - Gambar/ X @ISROSpaceflight
MOSCOW: Perayau (rover) Chandrayaan-3 India telah menyelesaikan tugasan semasanya di bulan dan ditetapkan dalam mod tidur sehingga 22 Sept, menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), lapor Sputnik.
"Misi Chandrayaan-3: Rover telah menyelesaikan tugasannya.
"Ia kini diletakkan pada mod tidur... Pada masa ini, bateri dicas sepenuhnya. Panel solar berorientasikan untuk menerima cahaya matahari seterusnya yang dijangka pada 22 Sept, 2023," menurut ISRO pada Sabtu.
Organisasi itu juga menyatakan harapan bahawa rover akan memenuhi tugasan selanjutnya.
Sekiranya berlaku kegagalan untuk kembali ke mod aktif, ia akan berfungsi sebagai "duta lunar India", tambah IRSO.
Pada 23 Ogos, India menjadi yang pertama di dunia yang berjaya mendaratkan kapal angkasa -- modul Chandrayaan-3 dengan rover bulan -- di Kutub Selatan Bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#kapal angkasa
#bulan
#Chandrayaan-3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan