awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan Hilman Idham kes kegentaran awam bermula Mac 2026

Sinar Harian
Sinar Harian
09/10/2025
06:15 MYT
Perbicaraan Hilman Idham kes kegentaran awam bermula Mac 2026
Hilman (kiri) hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis bagi sebutan kes menimbulkan kegentaran awam Julai lalu. - Foto Sinar Harian.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis menetapkan perbicaraan kes menimbulkan kegentaran awam membabitkan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham bermula 2 dan 3 Mac tahun depan.

Ringkasan AI
  • Perbicaraan kes Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham yang didakwa menimbulkan kegentaran awam melalui kenyataan di TikTok ditetapkan pada 2 dan 3 Mac 2026.
  • Hilman, 36, didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda jika sabit kesalahan.
  • Pembelaan bersedia hadapi perbicaraan dan tidak akan memfailkan representasi; Hilman menegaskan akan terus melawan kerana yakin tidak bersalah.

Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman memberitahu, semua dokumen berkaitan kes telah diserahkan kepada pihak pembelaan yang mewakili Hilman, 36.
Semasa prosiding, Mohd Sabri berkata, dokumen berkaitan kes telah diserahkan kepada pembelaan.
“Susulan itu, kami mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk perbicaraan," katanya yang kemudian disahkan oleh peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkenaan.
Pada 20 Ogos lalu, Hilman didakwa membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran di akaun TikTok atas nama alfah.channel.tv yang boleh mendorong mana-mana orang melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam pada jam 2.09 petang 30 Julai lalu.
Kenyataan itu telah dilihat dan didengar oleh anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Menara KPJ di sini.
Ahli politik itu didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Rafique berkata, pembelaan bersedia untuk menghadapi perbicaraan kes yang dijadualkan berlangsung pada Ramadan depan.
“Kita tidak berhasrat untuk memfailkan representasi kerana ia tidak akan memberi sebarang perubahan,” katanya.
Sementara itu, Hilman berkata, tidak pernah berasa gentar untuk menghadapi kes terbabit dan menegaskan akan terus melawan kerana yakin dirinya tidak bersalah. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Hilman Idham
#menimbulkan kegentaran awam
#Ketua Armada Bersatu
#tarikh perbicaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan