Skip to main content

Politik

Prinsip Rukun Negara: ADUN Seri Kembangan junjung tinggi titah Sultan Selangor

Facebook Wong Siew Ki
Patik amat menghormati dan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip ini, ujar Siew Ki. - Foto FB Wong Siew Ki

KUALA LUMPUR: "Patik menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah."

Itu ungkapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan Wong Siew Ki yang berkata sebagai wakil rakyat, prinsip-prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan, inspirasi, dan asas utamanya dalam memikul amanah serta berkhidmat untuk seluruh rakyat.

“Patik amat menghormati dan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip ini dalam setiap tindakan patik demi mengutamakan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia,” katanya melalui kenyataan yang disiarkan di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam hantaran tersebut Siew Ki turut menyenaraikan lima prinsip rukun negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Semalam, Sultan Sharafuddin menitahkan Siew Ki dan bekas Exco negeri Ronnie Liu, supaya mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor untuk menghayati makna sebenar Rukun Negara.

Baginda bertitah, mereka disaran hadir seminggu sekali bagi mengimbas kembali sejarah pembentukan Rukun Negara yang tercetus susulan darurat selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Must Watch Video

Advertisement