KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini dilapangkan selepas Mahkamah Tinggi di sini dimaklumkan bahawa saksi pendakwaan tidak dapat hadir untuk memberi keterangan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata pendakwaan telah cuba menghubungi beberapa saksi supaya hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan namun mereka sama ada sedang bekerja atau mempunyai hal lain yang perlu diselesaikan.
"Kami tidak dapat mengemukakan saksi lain kerana tempoh yang begitu singkat. Kebanyakan mereka sedang bekerja. Saya mohon maaf Yang Arif. Justeru, saya memohon agar perbicaraan hari ini dilapangkan. Tarikh perbicaraan seterusnya ialah pada 26 dan 27 Jan.
"Kami sudah menyediakan empat saksi pada tarikh terbabit iaitu bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Azmi Tahir, bekas Pengarah 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail (bekas pegawai khas Najib).
"Jika berlaku keadaan seperti hari ini (saksi tidak dapat memberi keterangan kerana tidak sihat), kami akan mempunyai saksi lain," katanya.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian mengucapkan terima kasih kepada timbalan pendakwa raya itu atas usahanya.
"Jumpa anda semua pada 26 Jan," katanya.
Pada prosiding sebelah pagi, beliau telah mengarahkan pendakwaan agar memanggil saksi lain selepas Azmi, 49, (saksi ke-12 pendakwaan) yang sepatutnya meneruskan keterangan hari ini, tidak sihat.
Hakim itu meminta pendakwaan agar mendapatkan sekurang-kurangnya seorang daripada lebih 50 saksi yang berada dalam senarai pendakwaan untuk menghadiri prosiding mahkamah pada sebelah petang.
Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.- Gambar fail
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967781/30824897611653009649103_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham.

Lagu bernada tinggi, peminat juga perlu memahami - Ziana Zain
Ziana Zain percaya setiap penyanyi akan memberikan persembahan terbaik setiap kali di pentas, dengan kemampuan yang dimiliki.

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland
Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

Keanggotaan NATO | Turki tetap bantah Sweden & Finland
Turki secara terbuka membantah bidaan Sweden dan Finland untuk menganggotai NATO. Presidennya, Recep Tayyip Erdogan bertegas akan kekal dengan pendirian itu.

1MDB: "Saya tak mengadu kepada Najib kerana menaruh syak wasangka" - Mohd Bakke
"Najib tidak pernah tanya mengapa saya letak jawatan. Semuanya berjalan seperti biasa."

Kes tunggakan cukai: Mahkamah benarkan Najib, Nazifuddin tangguh prosiding kebankrapan
Mahkamah membenarkan permohonan itu semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ida Rahayu Sharif.

'Pergerakan saya dipantau rapi semasa 1MDB tandatangan JV dengan PSI' - Bekas pengerusi
Mohd Bakke memaklumkan bahawa pergerakan beliau dipantau rapi bahkan hingga ke tandas pada hari 1MDB menandatangani projek usaha sama dengan PSI.

Najib minta saya bertemu bekas Pengerusi PAC sebelum beri keterangan kepada jawatankuasa - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memintanya supaya bertemu bekas Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin.

Berjuta masuk ke dalam akaun Najib tetapi tidak didedahkan semasa mesyuarat 1MDB - Saksi
Saksi itu juga berkata beliau tidak pernah mendapat satu sen pun daripada Jho Low sepanjang perkhidmatannya dalam syarikat itu.

Sama ada Najib telah baca SMS bekas Pengerusi 1MDB tidak dapat dipastikan - Peguam
Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihak pembelaan malah tidak mempunyai salinan SMS yang dimaksudkan.

Bailout untuk Sapura? Sudah-sudahlah guna 'angsa emas' Petronas - Ahli Ekonomi
Nungsari berkata Petronas harus menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk menjamin kewangan negara untuk generasi akan datang.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Surat pembaca: Cadangan tambat Ringgit formula 'lapuk', tidak sesuai senario sekarang
Malaysia tidak akan mampu untuk terus bertahan jika kerajaan terus menjalankan bajet defisit melebihi 5% untuk tempoh masa yang berterusan.

'Cash is king', 'king' itu rakyat: "Najib cakap macam orang tidak siuman" - Tun M
Najib yang sinonim dengan gelaran Bossku itu sudah berulang kali menipu rakyat Malaysia termasuk di Dewan Rakyat, dakwa Dr Mahathir.