KUALA LUMPUR: Hujah pasukan pendakwaan tentang pengeluaran dana RM17.9 juta dari akaun deposit tetap Yayasan Akal Budi (YAB) kononnya untuk membeli sebuah hotel di Bali, tidak pernah disebut dalam mana-mana 47 pertuduhan asal, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Peguam Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Hisyam Teh Poh Teik berkata, segala bukti keterangan oleh Pengerusi Ri-Yaz Assets Sdn Bhd, Tan Sri Rashid Manaf dan Pengarah Urusan syarikat, Datuk Mohd Shaheen Shah, tidak relevan dengan pertuduhan asal.
Tambah peguam tersebut, usaha pendakwaan itu adalah semata-mata untuk membentuk naratif sendiri, tidak relevan serta tidak masuk akal.
“Berdasarkan pertuduhan asal, tidak disebutkan langsung tentang pembelian saham daripada Rashid, Ri-Yaz Assets (operator hotel berkenaan), tidak disebut Datuk Mohd Shaheen dan tidak disebutkan apa-apa mengenai pembelian hotel di Bali,” kata Hisyam di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
BACA: Ahmad Zahid keluarkan RM17.9 juta untuk bantu anak beli hotel di Bali - Timbalan Pendakwa Raya
Media sebelum ini melaporkan Ahmad Zahid pada 30 Jun, 2016, telah mengarahkan firma guaman Messrs Lewis & Co untuk mengeluarkan cek RM8.6 juta kepada operator hotel Ri-Yaz Assets.
Salah seorang rakan kongsi di firma berkenaan dalam keterangannya berkata, beliau diarahkan tertuduh untuk membuat bayaran dengan tujuan membeli 60 peratus saham daripada Rashid.
Rashid kemudian memberitahu mahkamah, beliau ingin menjual sahamnya itu kerana syarikatnya mengalami kesukaran membayar balik pinjaman AS$24.8 juta kepada Exim Bank yang bertujuan untuk membeli hotel di Bali.
Untuk rekod, urus niaga itu tidak berjaya dan wang tersebut telah dikembalikan kepada Lewis & Co sebelum kemudiannya dimasukkan semula ke dalam akaun deposit tetap YAB.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran ketika berhujah minggu lepas berkata, Rashid dan Shaheen sendiri mengesahkan mereka berjumpa dengan Ahmad Zahid dan anaknya, Datuk Nurulhidayah tentang prospek pembelian hotel tersebut.
“Apa kaitan pembelian sebuah hotel butik di Bali, Indonesia dengan tujuan membantu orang miskin di Malaysia?” soal Timbalan Pendakwa Raya Kanan itu lagi.
Bagaimanapun, Hisyam membalas hujah bahawa wang itu masih berada dalam kawalan yayasan sewaktu ia dikembalikan ke dalam akaun Lewis & Co, dan tiada elemen jenayah pecah amanah (CBT) berdasarkan pertuduhan asal.
Beliau berkata, hujah pihak lawan terang-terang menunjukkan pendakwaan yang berlebihan dan menyalahguna proses perundangan.
Pembelaan akan menyambung hujah di hadapan Hakim Sequerah pada 22 November depan selepas Ahmad Zahid selesai menjalani rawatan dan pulang dari Jerman.
Firdaus Azil
Wed Oct 20 2021
Peguam Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik berkata, segala bukti keterangan oleh Pengerusi Ri-Yaz Assets Sdn Bhd, Tan Sri Rashid Manaf dan Pengarah Urusan syarikat, Datuk Mohd Shaheen Shah, tidak relevan dengan pertuduhan asal. - Gambar BERNAMA
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Perbicaraan Zahid Hamidi: Pendakwaan tidak sebut hotel di Bali dalam pertuduhan asal - Peguam
Hisyam berkata, usaha pendakwaan itu adalah semata-mata untuk membentuk naratif sendiri, tidak relevan, serta tidak masuk akal.
Perbicaraan kes Zahid: Status MySejahtera peguam bela bertukar 'kontak kasual dengan simptom'
Status MySejahtera Aiman Abdul Rahman bertukar daripada risiko rendah tanpa simptom kepada kontak kasual dengan simptom pada tengah hari ini.