awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbincangan 'Gawat Minyak Peket' dalam Dialog Tiga Penjuru malam ini

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2022
09:30 MYT
Perbincangan 'Gawat Minyak Peket' dalam Dialog Tiga Penjuru malam ini
Diskusi tentang kenaikan harga minyak masak dan kos sara hidup, malam ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Susulan pemansuhan harga siling minyak masak tulen botol bermula Jumaat lalu, terdapat pasar raya didapati mula menjual bahan masakan tersebut pada harga lebih 40 peratus berbanding harga siling sebelum ini.
Kenaikan harga minyak masak menyebabkan bekalan barangan itu tidak mencukupi sehingga kebanyakan peruncit kehabisan bekalan minyak masak terutama jenis peket.
Namun, timbul pula isu lain apabila subsidi yang diberikan oleh kerajaan telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepuasan dan keuntungan diri sendiri.
Ada pihak yang mendakwa bahawa minyak masak bersubsidi tersebut disembunyikan oleh pihak ketiga bagi menjualnya dengan harga yang lebih tinggi seterusnya membawa keuntungan yang berganda.
Begitu juga dengan kenaikan harga barangan lain termasuk tepung gandum yang bukan sahaja memberi kesan kepada isi rumah, tetapi turut memberi kesan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana.
Apa mekanisme yang boleh diambil untuk memastikan harga dan bekalan barang keperluan untuk rakyat tidak terjejas?
Bagaimana pula mahu menangani masalah bekalan minyak masak subsidi yang terhad serta isu penyelewengan membabitkan bekalan minyak bersubsidi (peket) di sempadan?
Pastikan temu janji bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, Ahli Parlimen Rasah dan Ahli Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan, Cha Kee Chin, membincangkan tajuk Gawat Minyak Peket dalam Dialog Tiga Penjuru, jam 8.30 malam ini.
Topic Berkaitan
#harga barang
#harga minyak
#harga siling
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan