awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbincangan peruntukan ahli pembangkang dibuat dalam masa terdekat - Fadillah

Bernama
Bernama
20/03/2024
22:45 MYT
Perbincangan peruntukan ahli pembangkang dibuat dalam masa terdekat - Fadillah
Fadillah berkata, hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan perbincangan dengan wakil pembangkang berhubung permohonan peruntukan di kawasan masing-masing dalam masa terdekat.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan.
"Saya kena bertemu dengan Ketua Whip Pembangkang (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) dahulu, kena bincang. Kemudian, akan dapat arahan daripada Kabinet dan kalau perlu perbincangan lanjut maka kita akan bentuk pasukan untuk membuat perundingan.
"Mungkin minggu depan (akan dibawa ke mesyuarat Kabinet), Insya-Allah. Saya kena jumpa semua dahulu," katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama warga kementerian, di sini, malam tadi.
Fadillah berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di pejabatnya pada Selasa.
Beliau berkata, pertemuan yang berlangsung itu akan membincangkan mengenai pelbagai perkara termasuklah isu berkaitan peruntukan.
"Itu hanya majlis pertemuan, macam-macam dibincangkan, (peruntukan) satu daripadanya," katanya.
Ahad lepas, media melaporkan Hamzah serta wakil parti pembangkang telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan ke minggu hadapan.
Pada Titah Diraja bersempena dengan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.
Seri Paduka Baginda bertitah sekiranya semua negeri dapat dibangunkan bersama, penghijrahan penduduk ke pusat bandar raya dapat dikurangkan dan kesesakan akan lebih terkawal.
Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Fadillah turut menyantuni 36 anak yatim berusia tujuh hingga 12 tahun daripada Persatuan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang, Selangor.
Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim itu dan warga kementerian daripada kumpulan pelaksana.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peruntukan pembangkang
#mesyuarat Kabinet
#Timbalan Perdana Menteri
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan