KUALA LUMPUR: Digital Nasional Bhd (DNB) menjelaskan perbincangan mengenai pelancaran 5G dengan penyedia telekomunikasi masih sedang berjalan dan tiada penyertaan setakat ini kerana Tawaran Akses Rujukan (RAO) belum lagi diterbitkan.
Penyedia tunggal perkhidmatan borong 5G negara itu menjangka RAO tersebut, yang diterbitkan mengikut Standard Akses Mandatori akan dimuktamadkan menjelang akhir November selepas mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"DNB akan memulakan rundingan komersial dengan syarikat telekomunikasi (selepas memuktamadkan RAO). Oleh itu, kita hanya akan mendapat penyertaan daripada syarikat telekomunkasi selepas penerbitan RAO.
"Justeru adalah jelas bahawa DNB belum lagi mendapatkan sebarang penyertaan ataupun menjangkakan Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) untuk menandatangani apa-apa sehingga selepas RAO diterbitkan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis.
DNB memberi penjelasan demikian susulan artikel mengenai pelancaran 5G di Malaysia oleh Reuters baru-baru ini yang mendakwa belum ada satupun syarikat telekomunikasi yang bersetuju menggunakan rangkaian 5G kerajaan itu berikutan isu ketelusan dan harga.
"Reuters memilih untuk mengabaikan fakta yang diberikan dan malangnya sebaliknya mengemukakan pandangan yang tidak tepat dan berat sebelah," katanya.
DNB berkata ia telah merangka RAO bagi perkhidmatan borong 5G dan mengongsikannya dengan MCMC serta pemain industri utama pada September bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka.
Sejak itu ia telah mengadakan perbincangan dengan MCMC dan syarikat telekomunikasi untuk menyelaraskan terma dan syarat akhir.
DNB juga berkata ia telah berjaya mengendalikan integrasi percubaan Rangkaian Teras lima syarikat telekomunikasi kepada Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G.
Menjelaskan mengenai dakwaan berkaitan kos 5G yang tinggi kepada MNO, DNB percaya kos GB 5G syarikat itu, yang telah dimaklumkan kepada syarikat telekomunikasi, jauh lebih rendah berbanding kos untuk mewujudkan rangkaian mereka sendiri.
Ia menegaskan penambahan atau kos marginal bagi setiap GB 4G syarikat telekomunikasi ketika ini adalah sekurang-kurangnya RM0.50.
Syarikat itu juga menjelaskan bahawa harga saham semua syarikat telekomunikai tersenarai telah mengatasi prestasi Indeks Komposit KLSE sejak pengumuman pembentukan DNB untuk melancarkan 5G di Malaysia menerusi satu infrastruktur yang dikongsi bersama.
"Jelas sekali, para pelabur tidak percaya bahawa syarikat telekomunikasi akan berdepan kemerosotan nilai. Malahan, ada sebab mengapa kos rendah perkhidmatan 5G daripada DNB seharusnya membawa kepada pendapatan bersih yang lebih tinggi, jadi, secara logiknya, diterjemahkan kepada harga saham yang lebih tinggi bagi syarikat telekomunikasi ini," katanya.
Sementara itu, DNB berkata kerajaan terpaksa menyediakan perbelanjaan tambahan RM28 bilion daripada wang awam dan swasta di bawah inisiatif JENDELA untuk menghubungkan perkhidmatan ke kawasan luar bandar yang mana MNO yang dipacu keuntungan gagal menyediakan liputan.
Ia berkata syarikat telekomunikasi mengambil masa tujuh tahun untuk mencapai liputan 4G di kawasan berpenduduk sebanyak 82.2 peratus, manakala sebaliknya DNB menyasar melancarkan 5G kepada lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk menjelang 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
DNB juga berkata ia telah berjaya mengendalikan integrasi percubaan Rangkaian Teras lima syarikat telekomunikasi kepada Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G. - Foto fail/BERNAMA
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
Malaysia boleh raih manfaat daripada pengalaman 5G Telenor di sektor maritim - Fahmi
Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi.
Benarkah 5G ada ancaman radiasi untuk kesihatan manusia?
Selain sambungan lebih laju, ia juga membuka penggunaan baharu dalam IoT kerana jalur lebar yang tinggi dan kadar lengahan yang rendah.
Gamuda Land, Digital Nasional Bhd bekerjasama dorong Pelan Bandar Pintar
MoU berkenaan memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.
Tiada bayaran tambahan untuk dapat akses 5G - Fahmi
Tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.
Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi
Pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat Ranau mampu memberi manfaat kepada 500 penduduk dengan memberikan akses kepada internet.
Liputan rangkaian 5G di Melaka capai 69 peratus - Exco
DNB yakin sasaran 89 peratus liputan rangkaian 5G menjelang pertengahan Disember ini mampu dicapai melibatkan 225 lokasi.
Kerajaan mahu syarikat tempatan menerajui pembangunan penyelesaian 5G perusahaan
Dalam membangunkan ekosistem yang teguh, perlu ada usaha bersepadu dan kerjasama rapat pihak korporat, sektor awam dan pemboleh teknologi.