awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbincangan Singapura-Malaysia untuk muktamadkan SOP RGL dan PCA ikut jadual

Bernama
Bernama
24/07/2020
20:52 MYT
Perbincangan Singapura-Malaysia untuk muktamadkan SOP RGL dan PCA ikut jadual
Malaysia dan Singapura dalam kenyataan bersama pada 14 Julai, bersetuju untuk melaksanakan perjalanan berkenaan bagi memenuhi keperluan pelbagai kumpulan rentas sempadan di kedua-dua negara. - Gambar fail.
Perbincangan bagi memuktamadkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memudahkan perjalanan rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia melalui inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang-Alik Berkala (PCA), mengikut jadual.
"Perbincangan mengikut jadual. Ini adalah pengaturan yang telah kami persetujui dan akan dilaksanakan pada waktunya," kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong semasa sidang media maya COVID-19 pada Jumaat.
Malaysia dan Singapura dalam kenyataan bersama pada 14 Julai, bersetuju untuk melaksanakan perjalanan berkenaan bagi memenuhi keperluan pelbagai kumpulan rentas sempadan di kedua-dua negara.
Pegawai di Malaysia dan Singapura berusaha untuk mencapai sasaran pelaksanaan RGL dan PCA pada 10 Ogos 2020.
Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyediakan syarat, protokol kesihatan dan proses permohonan yang terlibat untuk masuk dan keluar ke Malaysia dan Singapura, 10 hari sebelum pelaksanaan RGL dan PCA, menurut kenyataan bersama itu.
Wong, yang juga pengerusi bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19, berkata kedua-dua negara masih membincangkan aspek lain berhubung pengaturan perjalanan yang melibatkan mereka yang berulang alik setiap hari.
"Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, kami tidak mahu melihat jumlah mereka yang berulang alik setiap hari dalam jumlah yang besar seperti yang berlaku sebelum COVID-19.
"Ini kerana kedua-dua belah pihak, baik Malaysia mahupun Singapura tidak dapat menampung jumlah perjalanan yang besar setiap hari dengan cara yang selamat dalam persekitaran COVID-19.
"Jadi perbincangan mengenai pengaturan perjalanan setiap hari masih berjalan," kata Wong.
Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata walaupun ramai warga Singapura masih berminat untuk bercuti hujung minggu di Malaysia dan sebaliknya, namun perkara itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
"Walaupun dengan pengaturan perjalanan setiap hari, ia akan menjadi sangat ketat ... cukup ketat ... dan kemungkinan itu akan dimaksudkan untuk perkhidmatan yang sangat penting ... untuk pekerja perkhidmatan yang perlu melakukan perjalanan setiap hari.
"Jadi, saya rasa mereka yang sedang memikirkan untuk bercuti, perlu melupakannya buat seketika," kata Gan, yang juga pengerusi bersama pasukan petugas tersebut.
Gan berkata Singapura masih meneliti sama ada akan membuka atau tidak sempadan kepada lebih banyak negara dan rantau.
"Bagaimanapun ini juga bergantung kepada situasi jangkitan di rantau dan negara tersebut," katanya.
Setakat Jumaat, jumlah jangkitan di Singapura berjumlah 49,375 kes dengan 27 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jadual
#jangkitan
#koronavirus
#Laluan Hijau Timbal Balik
#Lawrence Wong
#Malaysia
#operasi
#PCA
#Pengaturan Ulang-Alik Berkala
#rentas sempadan
#RGL
#Singapura
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan