Perbuatan seksual suami terhadap isteri sehingga menyebabkan kecederaan merupakan satu kesalahan jenayah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Jelasnya undang-undang di Malaysia sememangnya memberi perlindungan kepada isteri di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan.
"Seksyen ini memperuntukkan mana-mana lelaki dalam suatu perkahwinan yang sah menyebabkan kecederaan atau ketakutan, kematian atau kecederaan kepada isterinya (atau mana-mana orang lain) untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya hendaklah diseksa dengan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun jika disabitkan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Nancy berkata demikian bagi menjelaskan jawapan bertulisnya pada Selasa lepas kepada soalan Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat, sama ada kerajaan berniat meminda Kanun Keseksaan bagi mengiktiraf kesalahan rogol suami terhadap isteri.
Katanya, laporan beberapa portal berita yang tidak menulis dengan jelas jawapan beliau telah menyebabkan kekeliruan seolah-olah undang-undang di Malaysia tidak melindungi isteri yang didera secara seksual oleh suami dalam perkahwinan yang sah.
Laporan portal berita itu memetik kenyataan Nancy yang mendakwa persetubuhan oleh seorang suami terhadap isteri dalam ikatan perkahwinan yang sah tidak boleh dianggap sebagai rogol dan kerajaan tidak bercadang untuk meminda Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol suami terhadap isteri atau 'marital rape'.
Bernama
Thu Jun 11 2015
NANCY: Perbuatan seksual suami terhadap isteri sehingga menyebabkan kecederaan merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar f
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga keldai ditahan babitkan kerugian RM41,447.70
Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM41,447.70, dalam kejadian baru-baru ini.
Petugas syarikat pengedar kurma antara tiga ditahan disyaki samun wang syarikat
Polis menahan sepasang suami isteri dan seorang petugas syarikat pengedar kurma disyaki terlibat kes samun wang syarikat itu bernilai RM143,941 dalam kejadian di Simpang Ampat di Nibong Tebal dekat si
Enam individu diambil keterangan, bantu siasatan kes ibu kelar anak - Ketua Polis Johor
Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dikelar ibunya, di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.
Tujuh sekeluarga ditahan bantu siasatan kes bunuh OKU intelektual - Polis
Tujuh individu daripada satu keluarga ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita berstatus OKU intelektual di sebuah rumah di Jalan Serdang Raya 1, Seri Kembangan, semalam.
Kerani mangsa penipuan pelaburan rugi RM240,000
Mangsa yang tertarik dengan pelaburan itu telah melakukan 15 transaksi pemindahan wang secara dalam talian berjumlah RM240,000 ke tiga akaun bank.
Samun warga India di Nilai: Polis berkas lima lelaki
Polis telah menahan lima lelaki warga asing berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden samun bersenjata di sebuah rumah di Nilai di sini dua hari lepas.
Mayat akauntan disyaki dibunuh ditemukan di tepi jalan
Seorang akauntan sebuah syarikat swasta ditemukan mati disyaki dibunuh di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini pagi tadi.
Rayuan kerajaan dalam kes penahanan salah Khairuddin Abu Hassan didengar 6 Mac 2024
Pada Mei 2018, Khairuddin memfailkan saman terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Kerajaan Malaysia serta lima lagi.
Kelindan lori pukul, samun bekas kekasih diberkas
Polis menahan seorang kelindan lori kerana disyaki memukul dan menyamun bekas kekasihnya dalam kejadian di Ampang, Khamis lepas.
Tiga individu ditahan bantu siasatan kes khianat guna api
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian sebuah kedai membaiki motosikal dibakar di Kapar, Klang awal pagi tadi.