awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percaya janji 'doktor', kerani rugi lebih RM100,000

Bernama
Bernama
15/04/2022
10:37 MYT
Percaya janji 'doktor', kerani rugi lebih RM100,000
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM152,500 selepas berkenalan dengan seorang 'doktor' di media sosial yang berjanji akan berkahwin dengannya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM152,500 selepas berkenalan dengan seorang 'doktor' di media sosial yang berjanji akan berkahwin dengannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata lelaki berusia 34 tahun itu meminta bantuan kewangan daripada mangsa untuk membayar hutang peribadi suspek serta perbelanjaan perkahwinan.
Beliau berkata wanita itu membuat beberapa perjumpaan dengan lelaki terbabit di sebuah bilik hotel di ibu negara dan menyerahkan antaranya barang kemas bernilai RM30,000 dan wang tunai RM122,500 bagi tujuan membantu lelaki itu membayar deposit pembelian rumah.
"Mangsa kemudiannya mendapat tahu bahawa suspek pernah melakukan perkara sama terhadap beberapa wanita lain di hotel yang sama dan membuat laporan polis pada 9 April lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun pada Rabu lepas di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan kes.
"Polis turut merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama, sembilan keping jongkong emas, lapan keping dinar emas pelbagai berat dianggarkan bernilai RM30,000 dan wang tunai berjumlah RM18,000," katanya.
Mohd Mahidisham berkata lelaki yang juga seorang itu direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerani wanita
#Doktor
#media sosial
#perkahwinan
#kes penipuan
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan