KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) menjangkakan perdagangan dengan Malaysia akan pulih ke tahap prapandemik menjelang akhir tahun ini.
Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata, kesatuan politik yang melibatkan 27 negara Eropah berikrar untuk terus menjadikan Malaysia sebagai rakan strategiknya memandangkan negara ini merupakan pintu masuk yang penting ke pasaran ASEAN.
"Negara-negara ASEAN secara amnya adalah destinasi yang hebat. Ia adalah penting secara strategik bagi kami dan 45 peratus daripada perdagangan kami (ke ASEAN) melalui perairan Malaysia. Jadi ia adalah penting," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu di program Bernama TV "The Nation", bertajuk "Malaysia-EU Relations" hari ini.
Rokas berkata, EU dan Malaysia telah membentuk hubungan dua hala yang kukuh dan komitmen pelaburan selama beberapa dekad walaupun sebelum diperkenalkan dengan sebarang alat perjanjian atau instrumen perdagangan.
"Ini bermakna Malaysia sudah pun menjadi rakan kongsi yang dipercayai untuk EU, kerana sistem demokrasinya, kedaulatan undang-undang, orang tempatan yang boleh bertutur bahasa Inggeris, kemudahan menjalankan perniagaan dan tenaga kerja mahir," katanya.
Duta Besar itu berkata, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama (PCA), yang ditandatangani di Brussels pada Disember tahun lepas, akan menyediakan batu loncatan penting yang meningkatkan perdagangan EU-Malaysia dan pelaburan langsung asing (FDI).
Ketika prapandemik, perdagangan dua hala EU-Malaysia berjumlah lebih 300 bilion euro tetapi ia merosot kepada 50 bilion euro selepas pandemik melanda di tengah-tengah gangguan rantaian bekalan, kekurangan buruh dan penutupan kilang, kata beliau.
Sambil menyatakan minatnya untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai pembaharuan, Rokas berkata, terdapat hampir 1,500 syarikat Eropah beroperasi di Malaysia pada masa ini.
Bagi potensi kerjasama di masa depan, beliau berkata, antara bidang utama ialah dalam teknologi hijau, pendigitalan dan keselamatan siber, di samping pembangunan manusia, pendidikan serta logistik dan pembuatan komoditi.
Mengenai kebimbangan terhadap cadangan undang-undang EU mengenai eksport komoditi tertentu, termasuk minyak sawit, dan produk yang berkaitan dengan penebangan hutan dan degradasi hutan, beliau memberi jaminan bahawa tiada tindakan larangan yang diambil oleh blok perdagangan itu dan import minyak sawit dari Malaysia akan diteruskan.
"Tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh Malaysia kerana negara ini telah berjanji dengan tegas untuk tidak lagi menebang hutan.
"Di samping itu, 97 peratus pengeluaran minyak sawit Malaysia dilindungi oleh Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) dan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) yang mana kedua-duanya adalah pensijilan untuk membendung penebangan hutan," katanya.
Beliau menyatakan bahawa sesi libat urus dengan Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof, bersama pihak berkepentingan industri akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan isu lanjut berkaitan industri, termasuk undang-undang EU itu, kepada pasaran secara besar-besaran.
Rokas menjangkakan undang-undang itu akan berkuat kuasa pada suku pertama 2024 apabila pengendali dan pedagang mempunyai 18 bulan untuk melaksanakan peraturan baharu tersebut. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023

Kesatuan Eropah (EU) menjangkakan perdagangan dengan Malaysia akan pulih ke tahap prapandemik menjelang akhir tahun ini, kata Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas. - Gambar BERNAMA

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Tiga kementerian bincang laksana system pembayaran terbuka di PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu menambah Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas telah bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Jutaan jemaah penuhi Masjidil Haram tunai tarawih pertama
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih di hadapan Kaabah, bermula malam tadi.

Serbia, Kosovo setuju kaedah laksana perjanjian normalkan hubungan
Pemimpin Serbia dan Kosovo bersetuju dengan kaedah untuk melaksanakan perjanjian yang disokong Kesatuan Eropah (EU) untuk menormalkan hubungan, kata ketua dasar luar blok itu pada Sabtu.

Cuba cari kelainan, penjual aiskrim ini tawar perisa cengkerik
Penjualan aiskrim itu tidak menjadi masalah memandangkan peraturan Kesatuan Eropah membenarkan penggunaan serangga dalam makanan.

Zelensky intai untuk mula bincang penyertaan Ukraine sebagai anggota EU
Ukraine sedang mengintai untuk memulakan rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) pada tahun ini, berhubung penyertaan negara itu sebagai anggota Kesatuan Eropah (EU), kata Presiden Volodymyr Zelenskyy.

Pencerobohan Ukraine: Suruhanjaya Eropah bertegas mahu Rusia dihadap ke tribunal khas
Suruhanjaya Eropah bertegas, Rusia mesti bertanggungjawab ke atas pencerobohannya di Ukraine.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Serbia, Kosovo bersedia normalisasi hubungan
Kedua-dua pihak diingatkan tentang kewajipan untuk melaksanakan semua perjanjian yang dicapai setakat ini dalam rangka dialog.

Pencabulan hak asasi: EU laksana sekatan baharu ke atas junta Myanmar
Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan pakej sekatan keenam terhadap junta tentera Myanmar kerana pencabulan hak asasi manusia.

Anwar gesa peraturan produk bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah dikaji semula
Anwar berkata Malaysia menghadapi sedikit kesukaran dalam siri rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk membincangkan perkara itu.

Sepanyol ambil alih Pengerusi EU, mahu mengindustrikan semula Eropah
Pedro Sanchez mahu blok itu menjadi lebih bebas dan matlamat itu boleh dicapai dengan mengukuhkan sektor perindustrian.

Misi Malaysia-Indonesia ke Kesatuan Eropah dilaksanakan pada Mei - TPM Fadillah
Misi Malaysia bersama Indonesia ke Kesatuan Eropah (EU) untuk menangani sekatan blok itu terhadap kemasukan pelbagai produk komoditi akan dilaksanakan pada Mei depan.