KUALA LUMPUR: Perdagangan luar Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) meningkat 13.1 peratus tahun ke tahun kepada RM191.7 bilion pada suku ketiga 2021 dengan jumlah sebanyak 35.1 peratus daripada keseluruhan nilai perdagangan luar Malaysia, disumbangkan oleh pemulihan dalam permintaan global.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sektor pembuatan kekal sebagai aktiviti utama dalam NCER, menyumbang sebanyak 32 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan pelaburan yang diluluskan dalam sektor itu meningkat sebanyak 304 peratus daripada RM11.8 bilion pada separuh kedua 2020 kepada RM47.91 bilion pada separuh pertama 2021, menandakan pemulihan jangka panjang.
"Peranan strategik dan pelan tindakan proaktif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam menangani pemulihan pasca pandemik yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Strategik (SDP) NCER 2021-2025, mendapat pengiktirafan pada Mesyuarat Majlis NCIA ke-27 hari ini.
"Strategi yang diambil telah membuahkan hasil dengan pelaburan besar sebanyak RM21.41 bilion, peningkatan 34 peratus daripada sasaran awal sebanyak RM16 bilion," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata pendekatan serampang tiga mata NCER yang memperkasakan kumpulan mudah terjejas melalui program modal insan yang berpaksikan rakyat, memangkin pertumbuhan ekonomi serantau yang seimbang melalui infrastruktur strategik dan memacu pelaburan swasta untuk menangani ketidakseimbangan serantau.
Katanya pendekatan ini akan turut membolehkan NCER mencapai ekonomi bernilai RM300 bilion; purata pendapatan isi rumah mencapai RM10,508; 161,197 penciptaan pekerjaan terkumpul dan RM146.5 bilion pelaburan swasta menjelang 2025.
Di samping itu, katanya pelaburan ke wilayah ini akan mewujudkan sejumlah 23,506 pekerjaan di NCER.
"Selari dengan konsep 'Keluarga Malaysia', lebih 65,000 peserta termasuk wanita, belia dan masyarakat Orang Asli telah menerima manfaat daripada pelbagai program modal insan berpaksikan rakyat dalam mengatasi cabaran pandemik," katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata program empowerNCER-Kemahiran dan Keusahawanan dan [email protected] akan mewujudkan hampir 10,000 usahawan mikro dan pekerja mahir dalam kalangan kumpulan B40.
"Pada masa ini, lebih 900 peserta telah keluar daripada kemiskinan, apabila 300 peserta telah beralih kepada kategori M40 dan T20.
"Lebih 5,000 penggerak ekonomi tempatan ini bukan sahaja berjaya menjana pendapatan kira-kira RM45 juta secara kolektif dalam tempoh enam bulan, tetapi juga mewujudkan lebih 1,200 pekerjaan untuk masyarakat setempat," katanya.
Beliau berkata program ini juga telah membantu lebih 5,200 perusahaan mikro dan PKS yang mana pembiayaan RM85.9 juta telah diluluskan oleh Maybank dan AgroBank, menghasilkan Sifar Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

Perdagangan luar Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) meningkat 13.1 peratus tahun ke tahun kepada RM191.7 bilion pada suku ketiga 2021. -Gambar fail/NCER Malaysia

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Pemecatan, penggantungan pemimpin UMNO tidak patuh proses perundangan - Ismail Sabri
Ismail Sabri menjelaskan beliau tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat itu kerana ia tidak mematuhi proses perundangan.

Harga bahan mentah: 'Kita dengar pandangan Ismail Sabri' - PM
Kerajaan Perpaduan sentiasa berusaha menyelesaikan isu kenaikan harga bahan mentah yang menjadi fokus utama pentadbiran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ismail Sabri belum putuskan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.

"Saya harap Bajet 2023 yang dibentang semula ditambah baik" - Ismail Sabri
Berharap semua projek pembangunan yang dibentangkan dalam Bajet 2023 pada tahun lalu, khususnya yang menjaga kepentingan rakyat.

"Bercuti di Dubai pun dikait Langkah London" - Ismail Sabri perjelas sebab berdiam diri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini tampil menjelaskan tindakan beliau yang dilihat mendiamkan diri khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PAU2022: Presiden, timbalan tak dipertanding, Ismail Sabri bimbang UMNO sukar tarik orang muda
Ismail Sabri berkata, keputusan tersebut jelas bertentang dengan hasrat dan aspirasi golongan muda.

Saman Lokman Adam: Ismail Sabri peroleh injuksi sehingga kes selesai
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes saman fitnah terhadap Lokman Adam.

Zahid enggan ulas 'Langkah London'
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas 'Langkah London' yang kini banyak dibangkitkan sejak beberapa hari lepas.

Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.

Speaker Dewan Negara harap Kerajaan, PM komited laksana Transformasi Parlimen
Tan Sri Rais Yatim berharap kerajaan baharu yang diterajui PM Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal komited untuk melaksanakan Transfromasi Parlimen yang diusahakan sejak dua tahun lepas.